Sumber foto : FB Johor Southern Tigers

Bisa Luciano Figueroa Masih Ditagih 

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuat persiapan awal untuk menghadapi Liga Malaysia 2018 dengan mengumumkan kemasukan semula bekas pemain antarabangsa Argentina, Luciano Figueroa ke dalam pasukan utamanya.

Luciano Figueroa
Luciano Figueroa kembali menyarung jersi JDT. Sumber foto : Sinar Harian

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest berkata keputusan Figueroa yang kini berusia 36 tahun untuk untuk keluar daripada persaraan  dan kembali menyertai JDT pasti menjadi perangsang utama  kepada  skuad Harimau Selatan itu untuk memburu lebih banyak kejayaan pada musim hadapan.

“Beliau merupakan legenda kami di sini dan juga duta kelab kami.  Adalah menjadi satu penghormatan untuk Luciano Figueroa berada bersama kami. Pengalaman dan kerja keras beliau akan menjadi contoh kepada semua pemain kami”, ujar Prest.

Luciano Figueroa
Pengarah Sukan JDT, Martin Prest. Sumber foto : FB Johor Southern Tigers

Luciano atau lebih mesra dengan panggilan “Lucho” dalam kalangan rakan-rakan sepasukan, telah memenangi beberapa kejuaraan bersama JDT termasuk Juara Liga Super 2014 dan 2015 selain Piala Sumbangsih serta Piala AFC pada 2015.

BACA JUGA :   "Kami Tahu Apa Kelemahan JDT"- Jurulatih Kuala Lumpur

Selepas penyerang berbisa itu bersara dari kancah bola sepak pada hujung 2015, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bersetuju  untuk melantik Luciano sebagai duta kelab sebelum dinaikkan ke jawatan Pengarah Sukan JDT sebelum diambil alih oleh Prest.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Melihat kepada musim Liga Malaysia 2018, Skuad JDT dijangka menjadi pasukan yang cukup disegani kerana mempunyai kombinasi barisan pemain-pemain yang berkualiti dan berpengalaman.

Antaranya seperti pemain dari Brazil Marcos Antonio, pemain antarabangsa  Singapura  Hariss Harun, dua pemain kebangsaan,  Aidil Zaquan Abd Radzak dan Safiq  Rahim, selain pemain  seperti  Natxo Insa yang boleh memimpin dan membimbing pemain muda di kelab itu menjadi pemain bintang pada masa akan datang.

Barisan pemain senior JDT yang berpengalaman. Sumber foto : FourFourTwo

JDT kini sedang mencontohi beberapa kelab gergasi Eropah seperti Juventus, Bayern Munich dan PSG yang menggabungkan pemain senior berpengalaman dan pemain muda berbakat dalam satu pasukan.

Selain kemasukan semula Luciano Figueroa ke dalam skuad JDT, kelab itu juga mengumumkan bahawa mereka sudah menandatangani dua pemain muda daripada skuad  kebangsaan bawah 22 tahun – Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang.

BACA JUGA :   Ular Sawa Seberat Lebih 80KG Dijumpai Dalam Perigi
Adam Nor Azlin. Sumber foto : FB Johor Southern Tigers
Mohamed Syamer Kutty Abba. Sumber foto : FB Johor Southern Tigers

Pastinya, saingan Liga Malaysia pada musim akan datang bakal menjadi tahun yang penuh gemilang buat JDT.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk paparkan iklan di laman kami dengan harga promosi yang cukup istimewa ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here