Penyanyi dan pelakon Nabila Razali tidak kisah dengan persepsi negatif sesetengah pihak mengangggap dia meraih publisiti dengan cara yang kurang baik gara-gara gimik percintaannya bersama Aedy Ashraf serta video dirinya menangis kononnya dikecewakan oleh aktor itu, yang tular sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Nur Nabila Mohd Razali, 25, dia tidak malu dengan tindakannya memuat naik gambar juga video berkenaan kerana semua itu memang merupakan sebahagian daripada perancangan dan strategi untuk mempromosikan muzik video terbaharunya, Pematah Hati.

‘Semua ini adalah gimik dan lakonan semata-mata dan memang dirancang. Publisiti ini tidak sampai menjatuhkan maruah keluarga saya. Bagi saya perkara ini bukan satu isu sebab pihak pengurusan saya mengadakan sidang media untuk menerangkan segala-galanya’ katanya.

“Dan daripada publisiti yang kurang baik ini, saya telah tunjukkan hasil kerja saya iaitu muzik video ini. Saya bukan semata-mata naikkan nama saya dengan publisiti tetapi tidak ada hasil kerja untuk dikongsi kepada peminat. Dengan publisiti ini juga orang yang tidak kenal siapa Nabila Razali sekarang sudah kenal tapi dengan cara yang berbeza,” jelasnya ketika majlis perlancaran muzik video tersebut bertempat di Red Box Pavilion, KL, pada Rabu.

BACA JUGA :   "Kembar Neelofa" Buat Parodi MV Peluang Kedua

Nabila menegaskan dia tidak berniat menipu peminat. Malah tindakannya memuat naik gambarnya bersama Aedy dan kemudian memadamkan daripada Instagram adalah bagi menjadikan gimiknya itu lebih realistik.

Namun dia tidak menyangka perkara tersebut menjadi perbualan hangat ramai sehinggakan timbul dakwaan mengatakan mereka menjalin hubungan cinta.

“Saya tidak menipu peminat. Gambar saya dengan Aedy yang saya muat naik itu merupakan salah satu kerja saya untuk muzik video ini cuma saya memang sengaja tidak dedahkan bahwa sebenarnya kami sedang jalani penggambaran. Jadi bermula dengan satu gambar yang saya muat naik di Instagram, pelbagai spekualsi timbul.

Saya pun tidak pernah membuat kenyataan mengatakan saya dan dia bercinta.

“Saya cuma kata saya sedang mengenali hati budi dia semata-mata mahu mendapatkan keserasian sebab memang untuk lakonan dalam muzik video ini kami perlukan keserasian. Kami sekadar banyak berbual mengenai kerjaya lakonan masing-masing dan tidak sampai ke tahap terlalu peribadi.

“Saya buang gambar-gamabr dia dari IG untuk nampak lebih realistik. Memang kebiasaannya perempuan akan muat naik gambar kemudian akan delete dan itu adalah sebahagian daripada gimik. Gambar dia bersama perempuan lain itu pun juga memang sengaja dimuat naik,”jelasnya.

BACA JUGA :   Langkah Permulaan Nabila Razali Nyanyi Lagu Mandarin

Begitupun, Nabila mengakui selama beberapa minggu ini dia mula merasa tekanan apabila semakin banyak kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya tak kurang juga pelbagai spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dengan Aedy. Bukan setakat netizen yang mengkritik malah dia juga turut dimarahi sebilangan peminat fanatik Aedy.

Reaksi keluarganya mengenai gimik sebegitu, Nabila berkata sejak daripada awal dia sudah berbincang dan memalumkan mengenai perancangan tersebut kepada keluarganya.

Ayah saya sentiasa memantau apa yang berlaku di dalam Internet, jadi tiada masalah kerana perancangan tersebut memang diketahui.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here