SEPANG: Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada sedia meletakkan jawatan jika pengundurannya mampu merubah nasib Harimau Malaya menjadi pasukan yang lebih baik, selain menyelesaikan segala masalah yang dihadapi ketika ini.
“Kalau pemergian saya dapat menyelesaikan segala masalah yang membelenggu pasukan kebangsaan ketika ini, siapkan surat dan saya boleh tandatangani serta merta,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu ketika ditemui sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Vingada menegaskan, dia melihat bahawa prestasi anak buahnya adalah tidak hambar ketika tewas 1-4 kepada Korea Utara dalam dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand.
Kekalahan ini bukan satu kegagalan, sebaliknya kita boleh mengambilnya dari sudut positif.
Kritikan yang diberikan oleh orang ramai kepadanya bukan dianggap sebagai sesuatu yang negatif tetapi beliau berharap bahawa semua pihak perlu tahu dan faham bahawa tugas untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya bukannya mudah dan kejayaan tidak boleh diraih dalam tempoh yang singkat.
“Saya yang bertanggungjawab atas keputusan yang diraih kerana apabila kita tewas, saya juga mengalami kekalahan dan apabila menang, kami yang meraih kemenangan.
“Sememangnya 7 perlawanan tanpa kemenangan adalah keputusan yang tidak baik kerana saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini tetapi saya yakin senario ini pasti akan berbeza pada tahun depan,” katanya lagi.
Vingada masih belum mencatat sebarang kemenangan selepas membimbing Malaysia dalam tujuh perlawanan sejak tiba di negara ini pada Mei lalu. Kekalahan kepada Korea Utara adalah kemuncak kegagalannya, sekali gus menyebabkan Harimau Malaya gagal ke Piala Asia.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari malaysia digest