Pemimpin Palestin sedang berusaha mendapatkan sokongan diplomatik untuk memujuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump supaya tidak mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel selepas wujud khabar angin beliau akan berbuat demikian.
Presiden Palestin Mahmud Abbas sudah membuat panggilan telefon kepada beberapa orang pemimpin dunia bagi “menjelaskan bahaya keputusan untuk memindahkan kedutaan ke Jerusalem atau mengiktiraf (Jerusalem) sebagai ibu kota negara Israel”, kata penasihat diplomatik Abbas, Majdi al-Khalidi kepada AFP.
Panggilan telefon itu setakat ini sudah dibuat kepada pemimpin Arab, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Beliau juga sudah berbincang dengan musuh Palestinnya, Hamas, dan kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk mengadakan bantahan pada Rabu ini.
Erdogan memberitahu Abbas yang negara merdeka Palestin perlu mempunyai Jerusalem Timur sebagai ibu kota negaranya.
Abbas juga dikatakan sedang berusaha bertemu dengan pemimpin Organisasi Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab bagi membincangkan isu itu.
Katanya, Abbas memberikan amaran “kesan buruk keputusan seumpama itu yang akan menggugat proses dan usaha perjanjian damai.”
Hamas yang mengawal Tebing Gaza pada Sabtu mahu melaksanakan “intifada” baru jika Washington mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel atau memindahkan kedutaanya ke dalam bandar yang menjadi rebutan pihak bertelagah itu.
Abbas bercakap dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniya, menurut kenyataan dikeluarkan Hamas dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menentang apa sahaja perubahan dalam dasar AS.
Kerjasama antara kedua pihak itu yang sangat jarang berlaku ketika usaha perdamaian dua musuh tradisi itu semakin membuahkan hasil.
Mereka bersetuju untuk menyokong bantahan “di mana sahaja”.
Trump dijangka memutuskan pada Isnin sama ada untuk memindahkan Kedutaan Amerika di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem, keputusan yang dilihat bertentangan dengan dasar sebelum ini dan tidak selari dengan dasar kuasa dunia lain.
Sejak 1995, sudah wujud undang-undang AS yang menyatakan Kedutaan AS di Israel perlu dipindahkan dari Tel Aviv ke Jerusalem selaras dengan hasrat kerajaan Israel.
Gesaan itu disuarakan, di tengah laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, diplomat Palestin itu mendesak mesyuarat tergempar diadakan menerusi perbualan telefon dengan ketua Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit dan Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen.
Al-Maliki memberi amaran, langkah AS itu “akan memberi kesan serius” dan “mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin dan rantau berkenaan”.
Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi inti pati kepada konflik Israel-Palestin.
Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari The Malaysian Insight