Masuknya jin ke dalam tubuh manusia
Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan pelbagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat jin biasanya untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia yang lain.
Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya Syaitan (jin) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya”.
Dari Hadis di atas jelaslah bahawa jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia.
Jin juga dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya.
Seterusnya, jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia hilang ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Kisah berkaitan dengan seorang lelaki dirasuk jin
Seorang lelaki bertindak menyembelih isterinya sebelum mencederakan diri sendiri sehingga kedua-duanya menemui ajal.
Lelaki yang dikenali sebagai Mujiono itu seperti hilang kewarasan apabila dipercayai telah dirasuk dan diganggu jin.
Dalam keadaan tidak sedarkan diri, lelaki berusia 40 tahun itu bertindak menyembelih isterinya, Kholifah sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.
Mujiono dilaporkan telah memotong perutnya sendiri sehingga ususnya terburai selepas mencederakan isteri serta anaknya.
Anak pasangan ini yang dikenali sebagai Khoriyah turut menjadi mangsa ‘jin’ berkenaan apabila dilaporkan parah selepas ditetak dengan parang.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jawa Timur, Indonesia.
Difahamkan, Kholifah ingin menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa tetakan Mujiono.
Tetapi malangnya, wanita 35 tahun itu dipukul dan lehernya turut disembelih sehingga hampir putus.
Pada masa yang sama, Khoriyah terpaksa berpura-pura mati sebelum melarikan diri untuk meminta pertolongan.
Kanak-kanak berusia 12 tahun berkenaan kini sedang dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan akibat ditetak di bahagian kepala, badan dan kaki.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest