Bermula September tahun hadapan, sepak takraw antara tiga sukan teras yang digugurkan dalam program Majlis Sukan Negara (MSN) bersama angkat berat dan taekwondo.

Ketiga-tiga sukan teras ini akan digugurkan bermula dengan Sukan Malaysia (Sukma) di Perak.

Sepak takraw

Keputusan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Keputusan itu diputuskan setelah mengambil kira prestasi tiga sukan tersebut yang gagal menunjukkan peningkatan, malah sebaliknya berdepan dengan pelbagai masalah termasuk skandal doping yang menyelubungi sukan angkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelasnya lagi, untuk sepak takraw dan taekwondo pula, kedua-dua sukan itu mengalami kemerosotan prestasi yang ketara, selain kemelut kepimpinan dalam persatuan.

BACA JUGA :   Pembangkang Sedia Maafkan PH Jika Mungkiri 2 Janji Manifesto Ini...

Sepak takraw

Khairy berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian penajaan selama lima tahun antara minuman isotonik No. 1 Malaysia, 100Plus dengan mercu tanda ikonik, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).

Majlis menandatangani perjanjian antara F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) itu disaksikan oleh Khairy sendiri.

Sepak takraw

Menerusi perjanjian tersebut, 100Plus dan minuman F&N yang lain boleh didapati secara eksklusif di sekitar KLSC.

Usahasama itu juga menyaksikan pembinaan trek atau laluan berbasikal bertemakan 100Plus sejauh 1,400 meter di sekitar Stadium Nasional.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

BACA JUGA :   Jamal Yunos Bakal Dilantik Menjadi Ketua Pemuda UMNO Yang Baru ?

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here