Sajat Tak Kisah
Biarpun teruk dikecam kerana menyanyi, namun itu tidak mematahkan semangat usahawan kosmetik, Nur Sajat untuk terus mempromosikan lagu duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri bertajuk Abang Nak Tegur.
Sejak dipaparkan di laman Youtube, video Abang Nak tegur itu kini mendapat hanya 42k likes. Lebih mengejutkan, jumlah dislikes yang diterima adalah sebanyak 334k. Itu merupakan satu perbezaan yang sangat besar, kira-kira 8 kali ganda dari jumlah likes.
Bagi dirinya, apa yang penting adalah publisiti yang diterima untuk lagu tersebut meskipun mendapat banyak ‘dislike’. Dia menyifatkan jumlah tontonan dan publisiti yang diterima lebih penting daripada ‘like’ atau ‘dislike’.
“Masa mula-mula ditawarkan berduet pun perkara pertama saya tanya ialah ‘tak takut kena kecam ke? Tapi hanya senyuman yang diterima jadi saya setuju sajalah,”katanya.
Dalam pada itu, Sajat juga mengatakan dia tidak begitu melayan komen-komen netizen.
“Tak semua orang suka dengan apa yang kita buat dan kita tak boleh puaskan hati semua pihak, mereka pun macam tiada ‘life’.
“Jadi Sajat ambil pendekatan tidak kisah dan lebih jaga hati ibu bapa dan dan orang yang sayangkan saya sahaja,” tuturnya lagi.
Sajat dan Datuk Aliff Syukri baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran untuk muzik video lagu tersebut di Sepanyol. Sepanjang di Sepanyol, gelagat Datuk Aliff yang memarahi Sajat kerana tidak pandai menari menjadi viral dan mencuit hati netizen.
Ada juga video yang menunjukkan Sajat menangis dan meluahkan perasaan kerana dimarahi. Apa-apapun, rakyat Malaysia pastinya tidak sabar untuk menantikan kemunculan video tersebut walaupun video sebelum ini mendapat dislikes yang sangat banyak.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysian Digest
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com