Kenyataan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim yang biadap memutarbelit titah baginda mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda berdukacita dengan kenyataan Zaid dan menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai biadap.
“Saya dukacita dengan komen Zaid Ibrahim dalam Twitternya yang mengulas kenyataan saya (mengenai Dr. Mahathir). Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti kenyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” titah baginda.
Lantaran, Sultan Sharafuddin mengarahkan Zaid untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak bersetuju dengan teguran baginda kepada Dr Mahathir.
“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor”.
Baginda Sultan sebelum ini menegur Dr Mahathir berhubung isu penghinaan kepada keturunan Bugis, isu kerugian Bank Negara ekoran dagangan mata wang asing serta pengkhianatan kepada UMNO.
Jelas Sultan, baginda sering mendapatkan maklumat secukupnya sebelum melontarkan apa jua komen atau mengeluarkan kenyataan rasmi dari pihak Istana.
Tegas baginda didalam wawancara berkenaan, Dr Mahathir mempunyai sifat rendah diri yang diselebungi dengan kebencian.
Walaubagaimanapun, Zaid menerusi twitter mengecam titah baginda Sultan dengan berkata: “Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada siapa terkecuali bila negara hancur”.
“Apabila sesetengah Raja bermain politik; mereka harus tahu akibatnya. Jangan fikir tiada balasan kepada sikap partisan,” tulis Zaid di twitter.
Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan bahawa baginda sememangnya cukup berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan dan Zaid tidak perlu mengajarnya.
Tambah baginda lagi, teguran ke atas Dr. Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja dan bukannya bermotifkan politik.
“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.
“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” titah baginda lagi.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber:
Dipetik & diolah dari MD