Baru sahaja reda isu Fathia Latiff cuba untuk ‘acah-acah’ bijak ekonomi untuk menaikkan populariti, seorang lagi artis suam-suam kuku tampil mencetuskan kontroversi di media sosial merungut hidup zaman sekarang susah.

Penyanyi Datuk Sheila Majid menerusi twitter merintih hidup kini susah disebabkan oleh kelemahan mata wang ringgit dan sukar untuk mendapatkan perkerjaan.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup meningkat dan pekerjaan kurang. Rakyat Malaysia sudah letih dan marah kerana ditekan hutang yang tidak dicipta mereka. Berhenti beri alasan dan mula cari salah. Fokus kepada usaha mengembalikan negara di landasan. (Malaysia) Mengecewakan,” tulisnya di twitter.

Seperti Fathia, tweet Sheila turut mendapat kecaman netizen mendesak selebriti veteran itu menulis menggunakan fakta dan bukannya perasaan.

Sheila Majid

Akan tetapi Sharifah Amani yang membintangi filem popular seperti Sepet dan Gubra memuat naik pujian terhadap Sheila berhubung kiriman Twitternya semalam yang dilihat mengkritik kerajaan yang menggambarkan keadaan ekonomi pada landasan betul walaupun rakyat terpaksa menanggung kos kehidupan yang tinggi.

BACA JUGA :   Selebriti dan 'Instafamous' diberi Amaran!

“Long live Queen @SheilaMajid,” tulis Sharifah sebagai membalas kiriman Sheila semalam, merujuknya dengan panggilan “Ratu” yang kerap dikaitkan dengan penyanyi itu.

Sheila Majid

Tetapi serangan demi serang mula dilakukan penyokong Umno di laman Twitter, mengutuk penyanyi itu dengan pelbagai sindiran.

Antaranya ialah Tun Faisal Ismail, yang mengetuai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), unit propaganda kerajaan yang kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Faisal memuat naik senarai negara maju yang menurutnya juga boleh dibandingkan dengan ekonomi Malaysia.

“Kalau ikut dia negara-negara ini off track dan lebih teruk daripada Malaysia,” kata exco Pemuda Umno itu.

“Bila tweet tu gunalah akal dan fakta,” katanya.

Sheila Majid

Faisal kemudian menyerang pengguna Twitter yang menyokong kenyataan Sheila.

Ada juga muat naik oleh penyokong Umno turut menasihatkan Sheila untuk tidak campur tangan dalam urusan politik.

Malah, ada antara mereka yang mengaitkan kritikan Sheila itu dengan hasil pendapatannya melalui jualan tiket konsert.

“Sheila Majid pentingkan diri. Dia tidak tweet apabila laris dulu. Dia bising bila mula merudum.

BACA JUGA :   Apa Akan Jadi Apabila SPAD Berada Dibawah Kementerian Pengangkutan ?

“Kita tak pula dengar Nora Danish mengadu,” kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Mr. Chow.

Akan tetapi Tun M sangat menyokong tindakan Shiela Majid yang menyatakan tentang kesulitan yang makin melanda Malaysia.

Sheila Majid

Sheila merupakan artis yang kedua sejak seminggu ini memuat naik komen yang dilihat tidak sehaluan dengan dakwaan kerajaan mengenai keadaan ekonomi.

Sebelum ini, pelakon Fathia Latiff mempersoalkan tindakan menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Fathia turut mengundang kritikan penyokong kerajaan, walaupun dipuji kebanyakan pengguna media sosial.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here