Buat anda yang menetap di bandar dan inginkan keseronokan yang mengingatkan anda pada zaman dahulu kala, terdapat beberapa air terjun di Malaysia yang boleh anda kunjungi.

#1. Sungai Ampang, KL

malaysiaair terjun

Air terjun Sungai Ampang yang juga dikenali sebagai Kemensah, terletak berhampiran dengan Zoo Negara di Ulu Klang. Buat anda yang ingin mengunjunginya, anda perlu melalui laluan Institut Budaya Baru Melayu. Pendakian dianggarkan memerlukan masa sebanyak 45 minit. Bahagian pertama air terjun ini dikenali sebagai Lata Sham, manakala bahagian tengah dikenali sebagai Lata Gitar dan akhir sekali Lata Pinang.

#2. Sungai Chiling, Selangor

air terjun

Sungai Chiling adalah antara kawasan rekreasi yang cukup terkenal. Terletak di Kuala Kubu Baru, air terjun ini dikatakan antara yang terbaik di Selangor. Buat anda yang ingin berkunjung ke sana, dinasihati membawa kelengkapan yang secukupnya. Sungai Chiling dianggarkan mempunyai 5 sungai dan laluan mencabar yang perlu dilalui. Walaupun laluan nyasedikit berliku, ianya amat berbaloi dan menyeronokkan. Sedikit makluman, kawasan rekreasi ini hanya dibuka untuk orang awam pada hari Jumaat hingga Ahad.

BACA JUGA :   Jumlah Kes COVID-19 Di Malaysia 69 095.

#3. Kanching Rainforest, Rawang

air terjun

Air Terjun Kanching Rainforest terletak di Rawang dan merupakan tempat yang popular bagi pelancong dan juga penduduk setempat. Kebiasaannya, mereka melawat ke sana untuk berkelah, berkhemah, berenang, dan berjalan-jalan di hutan. Kanching Waterfall mempunyai 7 peringkat. Anda boleh memilih tahap yang digemari oleh anda dan mengikut keselesaan anda.

#4. Madai, Sabah

air terjun

Terletak di Pusat Alam Semula Jadi Madai Baturong Virgin Nature, Madai Waterfall terletak berhampiran dengan Kunak, sebuah bandar kecil di daerah Lahad Datu. Madai Waterfall sering disebut sebagai air terjun berkembar kerana selepas hujan lebat, kedua-duanya akan bergabung menjadi satu. Pengunjung diingatkan supaya tidak berenang di luar kawasan cetek kerana ada lubang yang dalam di tengah-tengahnya.

BACA JUGA :   Tun Dr Mahathir Mohamad Kini Perdana Menteri Malaysia Ke-7

#5. Air Terjun Pelangi, Kuantan

air terjun

Tapis Waterfall ini juga terkenal dengan gelaran air pelangi. Pelangi biasanya muncul antara jam 9:30 hingga 10:30 pagi dan jika anda bernasib baik, anda mungkin akan melihat dua pelangi apabila matahari mencecah air terjun pada sudut tertentu.

Jadi apa tunggu lagi, kunjungilah destinasi-destinasi air terjun ini dan nikmati pesonanya bersama insan tersayang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tips-tips travel, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here