Black Panther Janjikan Penuh Aksi

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton filem terbaru keluaran Marvel : Black Panther yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 16 Februari nanti. Jom kita korek serba-sedikit mengenai latar belakang filem ini.

Black Panther

Latar masa filem ini mengambil tempat selepas garis masa Captain America: Civil War. Secara ringkasnya, T’Challa (Boseman) kembali ke Wakanda kerana kematian bapanya untuk menggantikan takhta sebagai raja. Di situlah konflik bermula dan sisi adiwiranya ditampilkan dengan jelas.

Barisan Pelakon Membintangi Filem Ini

Seperti yang diperkenalkan di dalam Civil War, Marvel mengambil Chadwick Boseman selaku pelakon utama memegang watak “Black Panther”.

Filem ini juga menampilkan Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Forest Whitaker, Andy Serkis dan Angela Bassett.

BACA JUGA :   FRANK GRILLO DEDAHKAN RAHSIA MARVEL TENTANG AVENGERS 4

Black Panther

Rungkaian Plot Filem

Selepas kematian bapanya, Raja Wakanda, T’ Challa kembali ke negara terpencil untuk mengambil haknya tempat sebagai raja.

Black Panther

Akan tetapi apabila musuh lama yang kuat muncul kembali, keberanian T’Challa sebagai raja – dan Black Panther – diuji apabila dia menghadapi konflik yang hebat yang meletakkan nasib Wakanda dan seluruh dunia dalam keadaan yang berisiko.

Pengkhianatan berlaku di mana raja muda itu mesti menyatukan sekutu-sekutunya dan melepaskan kuasa penuh Black Panther untuk mengalahkan musuhnya dan menjamin keamanan rakyatnya.

Black Panther

Buat anda yang gemarkan filem keluaran Marvel, pastinya anda tidak sabar untuk menunggu filem itu ditayangkan di pawagam.

Apa-apapun, jom kita layan dulu trailer Black Panther. Zassss!

BACA JUGA :   'BLACK PANTHER' FILEM YANG PALING BANYAK DI TWEET 2018

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here