Penyamaran Scammer
Sudah menjadi perkara biasa apabila seseorang menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai polis melalui panggilan telefon. Ini merupakan helah licik scammer bagi memperdayakan mangsa bagi mendapatkan wang mereka.
Justeru itu, pihak polis menggesa masyarakat agar berhati-hati sebelum membuat pindahan wang atau pembayaran kepada akaun suspek sekali gus mengakibatkan mangsa mengalami kerugian.
Laporan Berkaitan Scammer
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, statistik laporan polis di Rompin pada tahun lalu berkaitan panggilan scammer merekodkan 27 laporan.
Menurutnya, daripada jumlah itu hanya tiga kes yang dibuka melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM419,100.
“Bagi tahun ini pula kita sudah terima lima laporan dan hanya satu kes yang dibuka dengan nilai kerugian RM2,700,” katanya.
Helah Scammer
Katanya helah yang lebih kurang sama digunakan iaitu menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank dan memberitahu mangsa ada pinjaman dengan bank sebanyak RM40,000 yang tertunggak selama tiga bulan.
Kemudian, mangsa yang panik akan disambungkan kepada pegawai polis dan membuat semakan kononnya terdapat kegiatan jenayah berat.
Untuk mengelakkan akaun dibekukan, mangsa diberi nombor akaun suspek untuk pindahkan wang bagi tujuan siasatan. Apabila mangsa menyemak akaun simpanan telah tiada baru sedar mereka sebenarnya ditipu.
Beliau turut menasihatkan masyarakat agar berhati-hati semasa menerima panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali.
Menurut Azli, jika mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai bank atau pegawai polis sila buat pengesahan sama ada meminta nombor pengenalan diri polis itu dan membuat semakan semula dengan pihak yang berkenaan.
“Jangan panik dgn ugutan mereka yg mengatakan akuan akan dibekukan jika tidak bekerja sama dan jangan layan perbualan panggilan oleh mereka yang tak dikenali dan jangan sesekali memberi nombor akaun atau kata kunci kepada individu yang tidak dikenali.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Sumber: MalaysianDigest