Golongan guru diingatkan lebih berhati-hati dalam melaksanakan hukuman terhadap murid terutama apabila melibatkan kecederaan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Perubatan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, seelok-eloknya hukuman itu tidak meninggalkan kesan (berbekas).

hukuman

Sebagai doktor, jika pesakit datang dan adanya kecederaan yang nampak, doktor akan membuat laporan polis sebagai tanggungjawab selaras Akta Perubatan 1971.

Maksud disebaliknya adalah seorang doktor perlu buat laporan polis terhadap apa kecederaan ataupun jika doktor itu merasakan bahawa wujudnya penderaan.

Hal ini kadang-kala menimbulkan salah faham terutama melibatkan guru dan murid serta ibu bapa, sebagaimana kes yang pernah berlaku.

hukuman

Dr Zubaidi berkata,

Sekiranya guru-guru ingin melaksanakan hukuman terhadap murid, perkara utama harus diberi perhatian adalah tindakan tidak kontradik dengan undang-undang.

“Pertama undang-undang bab kecederaan dan Akta Kanak-Kanak. Kedua, saya rasa apabila kita jatuhkan hukuman terhadap kanak-kanak, contohnya marah, kebanyakan mereka dah rasa dihukum secara emosi. Namun ada yang sebaliknya.

BACA JUGA :   "Saya Hanya Rotan Kerana Mereka Malas Solat.." - Ustaz Adib

hukuman

Kementerian Pendidikan perlu buat Prosedur Operasi Standard, hukuman perlu dibuat jika berdepan murid terlalu degil dan sebagainya.

Melalui pemerhatian beberapa kes viral melibatkan tindakan melampau antara guru dan murid, punca utama adalah tekanan (stres).

Tambahnya lagi, benda ini melibatkan undang-undang. Guru kena faham, mungkin pelajar tak melawan bila di sekolah, sebab guru berkuasa di dalam sekolah, tapi di luar?

hukuman

Akuinya, masalah komunikasi menjadikan perkara seumpama ini bertambah rumit.

Saya sebenarnya tak salahkan mana-mana pihak, sebab hal ini masalah komunikasi. Kita juga tidak perlu menghukum terlalu awal kerana cuba kita berada pada kedudukan ibu bapa murid itu, mungkin kita juga marah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   "Saya Hanya Rotan Kerana Mereka Malas Solat.." - Ustaz Adib

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here