Seorang anak muda ingin mencari kelainan untuk mempertahankan perpaduan negara. Hm, bagaimanakah cara yang ingin dibuat olehnya?

 

Adakah anda mengenali Hilman? Siapakah Hilman? Hilman merupakan anak seorang bekas pengawal keselamatan. Dia sering dipupuk dengan perpaduan antara kaum apabila melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Maktab Tentera Diraja (MTD).  Nampaknya, persahabatannya berterusan dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum.

Hilman Authentic

Selain itu, Hilman juga merupakan pengasas Hilman Authentic yang merupakan jenama kasut keluaran tempatan yang bermutu tinggi. Hilman Authentic telah berjaya memasarkan ribuan “elevated shoes”. “Elevated shoes” merupakan kasut yang memberi penyelesaian kepada pengguna yang mengalami masalah ketinggian dan postur tulang belakang yang tidak lurus.

Hilman Authentic

Selain menerapkan konsep moden dan elegan, kasut jenama ini juga mampu meningkatkan ketinggian pengguna sebanyak 7 cm. Inilah yang membezakan Hilman Authentic dengan kasut yang lain. Lagi-lagi jenama ini merupakan jenama tempatan. Hebat bukan?

Tidak cukup dengan mempunyai koleksi kasut ke pejabat dan untuk bersantai, Hilman Authentic juga menghasilakan “Kevlar Tactical Boots” yang merupakan kasut keselamatan setaraf dengan jenama terkenal Red Wings.

BACA JUGA :   Anda Baru Putus Cinta ? Lihat Bagaimana Kasut Ini Mudahkan Anda Lupakan Bekas Kekasih

Hilman Authentic

“Kevlar Tactical Boots” adalah untuk kegunaan syarikat minyak dan gas (Oil and Gas). Kevlar merupakan cap dagang yang menjadi nama bagi fiber sintetik yang kuat dan bermutu tinggi. Kekuatan dan ketahanannya yang sangat mantap menyebabkan ia juga digunakan dalm pembuatan jaket kalis peluru.

Hilman Authentic

Sebagai pencinta kemanan dan perpaduan negara, Hilman telah berkolaborasi dengan seorang artis tempatan, Izzati Suza untuk mengeluarkan kasut edisi khas yang bertemakan pelbagai lapisan kaum dan permainan tradisional di Malaysia. Kasut eksklusif ini cuma dikeluarkan sebanyak 600 pasang sahaja.

Rekaan terbaru Hilman Authentic lebih cenderung ke arah golongan muda kerana Hilman ingin memberi dorongan dan mewujudkan peluang bagi generasi muda untuk mempamerkan bakat mereka yang terpendam.

Hilman Authentic

Tidak menyasarkan keuntungan semata-mata, Hilman terpanggil untuk menginspirasikan anak-anak muda agar mereka menggunakan kreativiti masing-masing dan berani untuk mengaplikasi serta mengembangkan bakat mereka untuk bergerak lebih jauh. Ini seiring dengan aspirasi kerajaan untuk menyediakan pelapis pemimpin dan penggerak ekonomi masa hadapan.

BACA JUGA :   Anda Boleh Tampil Bergaya Walaupun Melakukan Aktiviti Beriadah

Hilman Authentic

Pendedahan kepada anak-anak muda ini sekaligus mengajar dan memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan. Demi mencapai hasrat inilah Hilman Authentic membuat keputusan bekerjasama dengan Izzati Suza. Kasut Edisi Khas jenama Hilman Authentic ini boleh dibeli secara online di http://hilmanauthentic.com/ atau menerusi media sosial Hilman Authentic di Facebook dan Instagram.

Dengan rekaan terbarunya, harapan Hilman adalah adalah agar anak-anak muda berani mengembangkan bakat mereka tanpa rasa rendah diri atau takut untuk bercita-cita besar. Tahniah Hilman! Semoga terus berjaya dan teruskanlah memberi inspirasi kepada orang ramai!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: MalaysianDigest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here