Telekom Malaysia secara rasminya melancarkan pakej prabayar terbaru mereka iaitu Unifi Mobile yang menggantikan webe sebelum ini. Semasa pelancaran prabayar tersebut, TM turut mengumumkan akan memberikan 1 juta simkad secara percuma orang ramai.
Simkad percuma itu boleh digunakan oleh semua pengguna termasuklah pelanggan dan bukan pelanggan TM. Lebih menarik, setiap seorang dibenarkan mengambil sehingga 5 pek simkad percuma tersebut.
Nampak macam best, kan ? Jadi di sini kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu tahu tentang khidmat prabayar terbaru daripada TM ini.
Apa Yang Anda Akan Dapat Di Dalam Simkad Ini ?
Setiap simkad mengandungi :
20GB data (LTE sahaja)
50MB data (3G/LTE)
10 minit masa panggilan (semua rangkaian)
10 SMS (semua rangkaian)
Ini bermakna, anda akan dapat 100GB data sekiranya anda ada 5 simkad (5x20GB).
Tarikh Tamat Tempoh Simkad
Tidak seperti prabayar-prabayar lain, TM Unifi Mobile ini tiada tarikh tamat tempoh. Segala data dan baki kredit anda akan dikekalkan (carry forward) selagi mana anda aktif menggunakannya.
Namun harus diingat, talian Unifi Mobile anda hanya akan ditamatkan sekiranya anda tidak melanggan sebarang pakej add-ons dalam jangka masa 90 hari selepas transaksi anda yang terakhir. Pakej add-ons termurah yang anda boleh langgani adalah RM 10 panggilan+sms.
Sebagai contoh, anda membeli pakej add-ons pada 1 Februari. Sekiranya anda tidak membeli mana-mana pakej dalam jangka masa 90 hari selepas 1 Februari, maka talian anda akan ditamatkan.
Maksudnya, anda hanya perlu membelanjakan minimum RM40 setahun untuk kekal menggunakan Unifi Mobile.
Harga Bagi Pakej ‘Add-Ons’ Unifi Mobile
8GB High-speed (4GB LTE sahaja + 4GB LTE/3G) – RM50
4GB High-speed (2GB LTE sahaja + 2GB LTE/3G) – RM30
2GB High-speed (1GB LTE sahaja + 1GB LTE/3G) – RM15
1GB Internet asas (1GB LTE/3G) – RM13
200 min calls + 200 SMS – RM30
60 min calls + 60 SMS – RM10
Sekiranya anda sudah kehabisan data, anda tidak perlu risau kerana anda boleh membelinya melalui aplikasi mobile@unifi. Apabila berkunjung ke luar negara, Unifi Mobile juga menawarkan unlimited data roaming di negara-negara terpilih dengan kadar RM39/sehari.
Jaringan & Rangkaian
Unifi Mobile mempunyai rangkaian 4G LTE mereka yang tersendiri dengan kelajuan Band 5 (850MHz). Memandangkan data terbahagi di antara LTE dan LTE/3G, anda dinasihatkan menggunakan rangkaian Unifi Mobile di kawasan yang mendapat liputan untuk kepuasan maksimum. Lagi satu, Unifi Mobile juga boleh digunakan untuk iPhone. Jadi, pengguna-pengguna iPhone di luar sana tak perlu risau.
Bagaimana Cara Mendapatkan Simkad Ini ?
Buat masa sekarang, simkad ini boleh didapat secara percuma (Harga Asal : RM10 dan anda boleh mendaftarnya untuk maksimum 5 nombor. Nombor-nombor yang diberikan adalah bermula dengan 010 dan 011 di hadapan. Mudah sahaja, anda hanya perlu muat turun aplikasi mobile@unifi di laman Android ataupun iOS dan tekan butang “I WANT TO GET A SIM!”
Promosi simkad percuma ini akan tamat pada 31 Mac dan stok adalah terhad. Setelah mendaftar, anda boleh mendapatkan simkad anda di outlet TMpoint yang terpilih. Kalau anda nak simkad itu dihantar kepada anda pun boleh, cumanya caj penghantaran sebanyak RM10.60 akan dikenakan.
Jadi, apa tunggu lagi ? Jom dapatkan sekarang sebelum terlambat.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com