Bosan ketika berada dalam kapal terbang? Bahan bacaan tidak mencukupi? Selepas ini anda tidak perlu risau lagi kerana syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menawarkan penggunaan internet ketika berada di udara bersama anak kapal mereka.

 

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah menjalinkan kerjasama dengan ROKKI dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan mereka. Berikutan signal akan hilang dalam penerbangan, AirAsia meyediakan perkhidmatan internet untuk penggunaan pera pelanggan.

Hanya dengan menekan pada butang login menggunakan akaun BIG Member anda sudah boleh melayari internet.

Namun begitu, perkhidmatan ini dutawarkan khas bagi mereka gemar menggunakan e-mail dan membaca mesej berbanding melayari media sosial. Kuota yang diberikan juga adalah sangat limited dan hanya e-mail dan mesej sahaja yang boleh dibuka menggunakan perkhidmatan tersedia itu.

BACA JUGA :   Saham Air Asia Jatuh Akibat Rasuah

Khas bagi mereka yang sudah mendaftar menjadi ahli AirAsia BIG. Yang belum daftar tu macam mana? Haa daftar lah di AirAsia sekarang. Kuota ditawarkan hanya 2MB meliputi beberapa aplikasi permesejan popular termasuklah Whatsapp, WeChat dan LINE.

Kuota diberikan agak sedikit tapi anda patut bersyukur kerana telefon pintar anda kini tidaklah hanya diguna untuk melihat jam dan gambar sahaja. Sekurang-kurangnya dapat membuka aplikasi lain yang terdapat dalam telefon anda.

Pada peringkat awal penerbangan ini hanya menawarkan kuota kecil dan mungkin anda juga tertanya-tanya bila kuota itu ditambah membolehkan anda melayari internet lebih pantas tanpa had?

Langkah bijak yang diambil oleh pihak AirAsia dalam memastikan perkhidmatan mereka berpanjangan disamping menggalakkan lagi masyarakat mengikuti penerbangan bersama mereka ke seluruh dunia.

BACA JUGA :   Pramugari-Pramugari Muslim Kini Wajib Memakai Tudung Untuk Penerbangan Ke Aceh

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here