Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, seringkali kita berita dengar tentang pegawai-pegawai berpangkat tinggi yang ditahan kerana skandal rasuah. Mesti ramai yang beranggapan bahawa kadar korupsi di Malaysia semakin menurun kerana SPRM semakin cekap menahan mereka-mereka yang bersalah. Namun, hakikatnya kadar korupsi negara kita masih tinggi.

korupsi

Loading...

Menurut laporan terkini daripada Malaysiakini, negara Malaysia menduduki tangga ke-62 dalam Indeks Persepsi Korupsi (CPI). Bagi yang kurang jelas, indeks tersebut diukur berdasarkan kes korupsi yang berlaku dalam sektor awam.

Daripada 180 negara, Malaysia berada di tangga ke-62 iaitu tempat yang sama dengan negara Cuba. Berdasarkan skala 0-100 pula, Malaysia hanya diberikan markah sebanyak 47 sahaja. 0 bermaksud paling korup manakala 100 pula mewakili bersih dari korupsi.

BACA JUGA :   Susulan Kes Songlap RM1.5 Bilion, Shafie Apdal Serah Diri Untuk Disoal Siasat SPRM

korupsi

Negara jiran kita iaitu Singapura menduduki tangga ke-6 di dalam indeks tersebut, sebaris dengan New Zealand, Denmark dan juga Finland.

korupsi

Mengulas mengenai ranking terbaru CPI itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad ternyata terkejut dengan berita itu kerana beliau merasakan SPRM telahpun berusaha sebaik mungkin. Ranking itu sama sekali tidak mencerminkan kerja keras SPRM untuk menangani korupsi di negara ini.

 Malaysia jatuh tujuh anak tangga berbanding ranking yang dikeluarkan tahun sebelumnya. Kedudukan ke-62 juga adalah yang terburuk dalam tempoh 5 tahun.

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan indeks yang dikeluarkan. Segelintir daripada mereka turut memberikan komen, “Menangkap pegawai yang bersalah memang bagus, tetapi apa guna kalau tangkap sekiranya suspek akhirnya bebas daripada dakwaan begitu sahaja.”

BACA JUGA :   Skandal Felda Contoh Kaedah "Rompak" Duit Kerajaan - Tun M

Justeru, diharapkan SPRM dapat menjalankan tugas dengan penuh ketelusan dan pastikan mereka yang bersalah dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here