Setelah kali terakhir merasai fenomena ekuinoks pada empat tahun yang lalu, tahun ini  rakyat Malaysia bakal merasai fenomena tersebut sekali lagi pada 21 Mac 2018, pada pukul 12.15 malam (waktu tempatan).

Apa Itu Ekuinok ?

Ekuinok berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud “malam yang sama”.

Kesan Fenomena Ekuinoks ?

Loading...

Dari sudut sains, ketika kejadian itu, paksi bumi akan menjadi condong 23.4° sepanjang mengorbit Matahari, sekaligus Hemisfera Utara dan Selatan turut menjadi senget sedikit.

Kebiasaannya orang ramai akan membuat uji kaji menggunakan telur dan menyaksikan ia berdiri sendiri kerana tarikan kuat titik graviti di darat.

Fenomena Ekuinoks mungkin akan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu di darat. Namun suhunya tidaklah terlalu tinggi dan tidak mengakibatkan gelombang haba panas. Walaubagaimanapun, Jabatan Metereologi mengesahkan bahawa Malaysia akan tidak mengalami peningkatan suhu seperti yang dilaporkan.

Kejadian Ekuinoks pada bulan September akan bermula dengan musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan. Fenomena empat musim juga akan dialami bagi negara-negara yang berada di lingkungan hemisfera tersebut.

Negara yang beriklim tropika pula akan menerima sinaran suria secara penuh sepanjang tahun, perbezaan waktu siang dan malam juga mungkin tidak terlalu dirasai berbanding negara yang mempunyai empat musim.

Sejarah Ekuinoks

Ekuinoks pertama berlaku pada tahun lepas sebagai menandakan berlakunya musim bunga di Hemisfera Utara dan musin luruh di Hemisfera Selatan. Kejadian itu berlaku pada pukul 6.28 petang, tahun 2016 pada pukul 12.30 tengah hari dan 2015 pada pukul 6.45 pagi.

Kali terakhir kedudukan Matahari pernah direkodkan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa bumi adalah pada 21 Mac 2014 pukul 12.57 tengah malam.

ekuinoks
sumber foto : nx digital

Kedudukan geografi Malaysia yang terletak tidak jauh dari garisan khatulistiwa akan mengalami fenomena Ekuinoks itu sebanyak dua kali dalam tempoh setahun. Fenomena itu biasanya akan berlaku pada 20 atau 21 Mac dan kemudiannya pada 23 September.

Berikut merupakan ramalan fenomena Ekuinoks di Malaysia pada tahun-tahun seterusnya :

2019 – 21 Mac (5.58 pagi)
2020 – 21 Mac (11.50 pagi) 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here