Filem adiwira marvel terbaru Black Panther mencetus fenomena luar biasa serta mendapat banyak pujian penggemar filem daripada serata dunia walaupun hanya beberapa minggu ditayangkan di pawagam.

Meskipun mendapat sambutan hangat, namun filem arahan Ryan Coogler itu tidak sepenuhnya diterima di beberapa negara dan salah satunya ialah India.

Loading...

Black Panther

Ini kerana ada salah satu perkataan dalam filem tersebut yang disensor. Kata tersebut disensor pada babak pertarungan adat antara T’Challa (lakonan Chadwick Boseman) dengan M’Baku (lakonan Winston Duke).

Perkataan itu adalah “Hanuman” (Dewa Kera). Kata tersebut disensor ketika M’Baku mengucapkan “Glory to Hanuman (Hidup Hanuman)”. Bukan saja dialog itu yang disensor malah teks terjemahan yang muncul di layar juga dikaburkan.

BACA JUGA :   Review Movie Black Panther 2018 (Anti-Spoiler)

Black Panther

Pihak penapisan filem India, CBFC, melakukan hal itu sebagai maklum balas respon negatif daripada salah satu agama. Ia kerana “Hanuman” merupakan salah satu Dewa suci yang disembah oleh agama Hindu.

Sementara itu, sebilangan penonton di India meluahkan rasa keliru dan bingung dengan keputusan CBFC kerana merasakan filem tu tidak menyinggung budaya dan kepercayaan mereka.

Black Panther

Sebelum ini, Black Panther menjadi bualan penonton di Malaysia juga di Indonesia ekoran fesyen pakaian yang digayakan T’Challa yang dijangka akan menjadi inspirasi pakaian untuk fesyen untuk hari raya nanti.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Silat Adalah Salah Satu Seni Mempertahankan Diri Dalam Black Panther

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here