Terracotta

Institusi Franklin telah membuat pameran 10 patung purba dan 170 artifak dari zaman dinasti Han. Pameran itu dibuat sejak September tahun lepas dan akan tamat pada 4 Mac 2018 ini. Tanpa disangka kejadian jari patung purba Tentera Terracotta China dicuri oleh individu yang berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan pameran tersebut.

 

Loading...

Patung purba itu telahpun berusia 2,000 tahun dan merupakan lambing keagungan Maharaja China yang pertama di zaman dahulu, Qin Shi Huang.

Setelah rakyat China mengetahui tentang hal itu, ia mencetus kemarahan disebabkan kecuaian ketika mempamerkan patung tersebut. Mereka turut mempersoalkan tindakan meminjamkan patung keagungan Maharaja China itu kepada Amerika Syarikat (AS).

BACA JUGA :   FBI Dapati ISIS Gunakan Transaksi eBay dan PayPal untuk Salurkan Wang Kepada Operasi di US

Terracotta

Penduduk China turut mendesak supaya menangkap pencuri dan setelah menemui mereka mahu pencuri itu dikenakan hukuman berat kerana mencuri dan telah menyebabkan terjadi kecacatan pada patung purba itu.

Bagaimanapun, rakyat China turut menuntut ganti rugi atas kerosakan yang berlaku keatas patung itu dan dianggarkan bernilai $4.5 juta untuk membaikinya semula.

Pencuri jari patung telah dikenalpasti, Michael Rohana, berusia 24 tahun, berjaya ditahan dirumahnya setelah pasukan FBI mengesannya. Jari yang patung purba yang dipatahkan oleh Micheal disembunyikan dalam sebuah laci dirumahnya.

Terracotta

Bagaimana Micheal itu berjaya mematahkan jari tersebut? Micheal berjaya menyelinap masuk ke bilik pameran dan merakam swafoto dengan patung purba sebelum mematahkan jari patung. Kemudia memasukkan ke dalam poket seluar dan terus beredar dari kawasan pameran bersama rakan lainya.

BACA JUGA :   FBI Dapati ISIS Gunakan Transaksi eBay dan PayPal untuk Salurkan Wang Kepada Operasi di US

Michael telah ditanggkap dan ditahan kerana mencuri barang sangat berharga milik China, malah beliau berjaya dilepaskan dengan ikat jamin $15,000.

Berikutan kejadian itu, pakar-pakar telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk memnuat pembaikan atas kerosakan patung purba tentera Terracotta China (‘Terracotta Warriors of the First Emperor’).

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here