Aksi perlawanan piala Champions League antara dua kelab gergasi Inggeris dan Sepanyol bertembung awal pagi tadi di Stamfod Bridge. Pastinya penyokong kedua-dua pasukan tidak sabar untuk melihat aksi hebat untuk merebut tiket ke peringkat seterusnya.
Barcelona pada perlawanan itu berjaya mendominasi hampir keseluruhan permainan yang mana hanya 26% sahaja berjaya dikuasai oleh pasukan The Blues. Walaupun Barcelona nampak mendominasi permainan namun Chelsea berjaya memecahkan gawang pihak lawan menerusi jaringan Willian pada minit ke-62’.
Chelsea selepas itu hanya mampu menarik nafas lega untuk seketika yang mana Barcelona telah bertindak balas menjaringkan gol persamaan 1-1 menerusi pasingan Iniesta kepada Messi.
Kesilapan yang dilakukan oleh pemain Chelsea Andreas Christensen membolehkan Barcelona menggunakan peluang tersebut untuk menyamakan kedudukan pada mini ke-75’ menerusi sentuhan Lionel Messi.
Gol yang diciptakan oleh Messi merupakan yang pertama dijaringkan selama sembilan kali perlawanan menentang Chelsea di Champion League.
Formasi yang digunakan Bercelona pagi tadi 4-4-2 dengan meletakkan Lionel Messi dan Luis Suarez di barisan hadapan, manakala Chelsea pula 3-4-3, Willian, Hazard dan Pedro berada di barisan hadapan.
Aggregat adalah 1-1, oleh itu Chelsea perlu bemain dengan lebih baik apabila berkunjung ke Camp Nou pada perlawanan timbal balik Champions League nanti untuk terus mara ke pusingan suku akhir. Mereka akan bertemu semula pada 15 Mac depan pada pukul 3:45 AM.
Kepada para penyokong jangan terlepas perlawanan hebat antara Chelsea lawan Barcelona, adakah sekali lagi Chelsea akan menoktahkan perjalanan mereka atau sebaliknya?
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : mynewshub