Menyebut Real Madrid penyokongynya pasti akan melaungkan sorakan kata-kata semangat buat kelab itu. Sorakan para penyokong tentu membangkitkan semangat untuk terus bermain dan memenangi perlawanan. Tapi, apabila Cristiano Ronaldo direhat dalam aksi bertemu Espanyol, mereka telah dihukum kekalahan mengejut 1-0.

 

Setelah 90 minit beraksi tanpa jaringan akhirnya Espanyol memecahkan kebuntuhan itu menerusi jaringan tunggal Gerard Moreno pada minit ke 94’ di stadium RCDE yang menyaksikan barisan Real gagal mempersembahkan aksi penyudah berbisa kepada pihak lawan.

cristiano
gerard moreno berjaya memecahkan kebuntuhan pasukan Espanyol

Gareth Bale, Marcos Asensio dan Isco kesemuanya bergelut, dengan itu mereka gagal menyempurnakan peluang untuk menjamin kemenangan milik Real, sehubungan itu mereka juga akan bertembung Paris Saint-German (PSG) dalam aksi timbal balik pada minggu depan.

Dilihat Bale seperti mensia-siakan peluang untuk meledak gol dan menerima kad kuning pada babak pertama, Bale kemudian digantikan pada 9 minit terakhir sebelum perlawanan tamat.

BACA JUGA :   Akhirnya Cristiano Ronaldo 'Dilepaskan' Oleh Real Madrid

Walaupun kegagalan Bale jelas dilihat oleh Zinedine Zidane, pengurus itu eggan menuding jari terhadap prestasi terutama pemain itu atau keseluruhan pasukan setelah dihukum dengan kekalahan 1-0.

“Jika kamu tewas di sini hari ini, ia disebabkan segala-galanya tidak menjadi dengan pelbagai alasan diberi, bukan hanya disebabkan oleh pemain atau permainan,” kata Zidane ketika ditemui beIN Sport.

Adakah ini disebabkan oleh Cristiano Ronaldo direhatkan semasa pertembungan dengan kelab Espanyol itu? Kali ini pasukan Real tersungkur kerana banyak peluang yang gagal disempurnakan, mungkin esok nasib menebelahi mereka pula.

Kemenangan Espanyol membantu mereka melonjak tangga ke-13 La Liga manakala Real terus ketinggalan 17 mata oleh pasukan pendahulu Barcelona sekiranya Jumaat ini Barcelona berjaya mengatasi Las Palmas.

BACA JUGA :   Bola: Brazil Tidak Menepati Ramalan Pulang Awal, Berjaya Mara Ke Suku Akhir

“Jika keputusan seperti itu bukan yang kami mahukan, jadi ia langkah ke belakang. Saya tidak perlu menuding atau menyalahkan pasukan bimbingan saya, kami bermain dengan baik tapi kami cuma tidak mendapat apa yang kami jangkakan,” katanya lagi.

Susulan pertembungan semula PSG, mereka sedang menunggu keajaiban berlaku kepada pemain bintangnya Neymar yang mengalami kecederaan selepas diusung keluar dari padang. Zidane turut merehatkan tonggak utama pasukannya yang mana Cristiano Ronaldo direhatkan tanpa terlibat langsung dalam pertembungan dengan Espanyol.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here