darjah kebesaran

Istana Kelantan telah menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada Selasa lalu.

Husam dan Wan Abdul Rahim menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Kelantan petang Selasa yang memaklumkan Sultan Muhammad V berkenan menarik balik tauliah pelantikan yang membawa gelar Datuk Paduka.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, Husam dan Wan Abdul Rahim memaklumkan mereka telah memulangkan semula darjah kebesaran itu hari ini.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan Darjah Kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana Diraja pada hari ini, 7 Februari, 2018 di Istana Balai Besar.

BACA JUGA :   Kisah Travelog 2 Hari 1 Malam Di Pulau Langkawi

“Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V,” kata dua pemimpin Amanah itu dalam satu kenyataan semalam.

Husam yang juga bekas exco kerajaan negeri kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan dan juga penasihat Amanah Kelantan.

darjah kebesaranPemerhati politik berpendapat pelucutan gelaran dari Husam dan Wan Rahim itu memberi petanda bahawa Sultan Muhammad V kurang gemar terhadap usaha politik dua pemimpin Amanah itu serta ia sedikit sebanyak mencalarkan reputasi keduanya.

darjah kebesaran

Terdahulu, Sultan Muhammad V pernah menarik balik pingat darjah kebesaran yang dikurniakan kepada nenda saudaranya sendiri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.

BACA JUGA :   Daftar Akaun Safer Untuk Nikmati Pelbagai Perkhidmatan Dan Peluang Jana Pendapatan Tambahan

Selain itu, pada tahun yang sama Sultan Muhammad V turut menarik balik darjah kebesaran dari bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud dan juga Presiden NGO Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

darjah kebesaran

Pelucutan gelaran dari tiga tokoh pada 2010 itu ekoran kenyataan mereka berhubung isu pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here