PLUS

PLUS Malaysia Berhad menawarkan rebat 20 peratus selama empat hari kepada pengguna kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Rebat tol 20 peratus itu ditawarkan pada empat hari bukan puncak iaitu 12, 13, 20 dan 21 Februari kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer.

Menurut, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, “Penawaran rebat tol 20 peratus tersebut merupakan langkah PLUS untuk menggalakkan orang ramai bergerak pada hari-hari bukan puncak di samping memberi penghargaan kepada pemegang-pemegang kad PLUSMiles dan Touch ‘n Go yang berdaftar dengan portal PLUSMiles kami. Selain mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari puncak.

Rebat ini akan dimasukkan dalam bentuk tambah nilai kepada pemilik kad yang berdaftar di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Mac sehingga 14 Jun 2018.

BACA JUGA :   Hanya 2 Jenis Mercun Ini Sahaja Yang Dibenarkan PDRM Untuk Perayaan Tahun Baru Cina

Walau bagaimanapun, rebat ini tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS

Selain daripada pemberian rebat tol, PLUS turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membolehkan orang ramai merancang perjalanan mereka pada musim perayaan yang akan datang.

Berdasarkan TTA dikeluarkan oleh PLUS, orang ramai dari Lembah Klang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

PLUS

Manakala orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 10 pagi.

“Ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan terkumpul dan ‘bertembung’ di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama kerana ia boleh menyumbang kepada kesesakan,” tambah Azman.

BACA JUGA :   Plaza Tol Batu Tiga Dan Sungai Rasau Tidak Akan Dihentikan Pada 2018

Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ini, PLUS Malaysia Berhad menjangkakan kira-kira 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu peningkatan sebanyak 10.3 peratus berbanding hari-hari biasa.

PLUSJadi, kepada anda yang akan memulakan perjalanan jauh, pastikan anda merancang perjalanan anda dan patuhi arahan jadual waktu perjalanan pihak PLUS bagi mengelakkan kesesakan trafik di musim perayaan ini. Pastikan kad PLUSMiles dan Touch ‘n Go anda mempunyai baki wang secukupnya.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here