Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Datin Rozita atas kesalahan mendatangkan kecederaan parah ke atas pembantu rumahnya warga Indonesia pada Disember 2016.
Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah sekali gus mengenepikan bon berkelakuan baik yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 15 Mac lalu.
Rozita didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, sebatang pengelap lantai, sekaki payung, sebatang rod besi dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.
Datin Rozita sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai selepas hanya dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun serta membayar jaminan RM20,000 di atas kesalahannya.
Keputusan itu bukan setakat mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan ia terlalu ringan, malah pengamal undang-undang sendiri membantahnya kerana implikasi hukuman itu, memberi gambaran salah terhadap perundangan negara.
Justeru, hukuman terbaru itu akan berjalan hari ini selepas peguam bela Rozita, Mohamed Haniff Khatri Abdulla gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap Datin Rozita.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah juga sedia maklum berhubung pengakuan mangsa yang mahu menarik balik kes tersebut. Walaubagaimanapun, laporan polis yang telah dibuat tidak boleh ditarik balik oleh pengadu, sebaliknya ia adalah keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan kes penderaan tersebut.
Akhirnya, keadilan berjaya ditegakkan !
Sumber : Malaysian Digest
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com