IN2IT Cetus Fenomena

Mungkin masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan kumpulan bernama IN2IT (disebut “In to It”) dari Korea ini, namun nama kumpulan itu pasti akan meniti di bibir peminat muzik tanah air apabila mereka melancarkan klip video menyanyikan semula lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor.

IN2IT
Kumpulan IN2IT

Video yang dimuat naik di laman YouTube sejak 2 Mac lalu itu semakin mendapat perhatian para peminat. Setakat ini, video tersebut telah mencecah lebih 53,000 tontonan.

Nafas Baru ‘Gemilang’

Lagu Gemilang dilancarkan dan dipopularkan oleh Jaclyn Victor sekitar tahun 2005, setahun selepas beliau muncul juara Malaysia Idol musim pertama. Lagu tersebut juga pernah meraih pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik dan pernah dijulang sebagai Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu 2005.

BACA JUGA :   SWD Nafi 6,100 Orang Utan Dibunuh Di Sabah Antara Tahun 1999 - 2015
IN2IT
Penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor

Rata-rata peminat memberikan komen positif kepada kumpulan yang dianggotai lapan anak muda ini. Malah netizen turut meluahkan rasa bangga dan tersentuh hati dengan usaha dan percubaan IN2IT menyampaikan lagu ini dalam bahasa melayu versi mereka sendiri. Tambah menarik, turut diselitkan bait-bait Rap dalam bahasa Korea.

Pujian juga wajar diberikan kerana mereka dapat menyebut perkataan bahasa Melayu dengan baik tanpa pelat Korea yang terlalu kuat meskipun tujuh daripada mereka berwarganegara Korea.

Salah Seorang Ahli Kumpulan Berasal Dari Malaysia

Secara tidak langsung, lagu ini dapat didengari bukan saja kalangan peminat  di negara mereka malah di negara Asia yang lain.

IN2IT dianggotai Jiahn, Yeontae, Inho, Hyunuk, Inpyo, Jinsub, Sunghyun dan seorang anak kelahiran Sabah, Isaac.

BACA JUGA :   Dahulunya Dicaci, Kini Lelaki Ini Jadi Pujaan Setelah Muka Berubah Menjadi Artis K-Pop
IN2IT
Isaac, anak kelahiran Sabah

Kumpulan ini juga pernah mengadakan showcase dan acara sesi bertemu peminat, N2IT Asia Showcase Tour “Carpe Diem” pada 4 Februari lalu bertempat di PJ Live Arts, Petaling Jaya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : Malaysian Digest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here