Secara keseluruhan masyarakat di negara ini sangat menyukai jentera dua roda atau motorsikal. Lebih-lebih lagi kepada kepada para bikers tu, kalau nampak confirm tak nak berpaling. Tapi sebenarnya jentera dua roda ini buakn sekadar menggoda tetapi memudahkan dan mempercepatkan perjalanan anda untuk sampai ke pejabat.
Hari-hari peningkatan penggunaan kenderaan pacuan empat roda semakin bertambah, maka jalan raya pun semakin pesat lah pada setiap hari. Oleh itu, ramai yang mengambil inisiatif untuk memiliki motorsikal supaya dapat bergerak mengikut masa dirancang dan sampai pada masa yang tepat di pejabat.
Rata-rata dalam kalangan masyarakat terutama lelaki pastinya pernah menunggang atau memiliki sebuah motorsikal untuk kegunaan ke tempat kerja dan sebagainya kan?
Kali ini, kita akan melihat pelbagai model terbaru motorsikal yang terdapat di pasaran negara. Bagi mereka yang mempunyai wang simpanan dan berkemampuan, pasti anda mahu memiliki sebuah motorsikal berkuasa tinggi kan? In Shaa Allah teruskan usaha anda untuk capai impian tu.
Walaupun berbeza kelas dan kapasiti enjin, penunggang motorsikal memiliki satu persamaan iaitu inginkan kepuasan menunggang. Berikut merupakan beberapa model motorsikal yang begitu popular dalam kalangan masyarakat terutama sekali golongan muda.
# BMW R 1200 GS
Motorsikal ini dikategorikan dalam misi kembara, menjadi pilihan utama para penunggang yang sangat gemar melakukan aktiviti konvoi termasuklah kepada mereka yang suka perjalanan jarak jauh dan lasak.
BMW R 1200 GS menggunakan enjin Boxer dwisilinder DOHC yang memberi peluang kepada anda untuk merasai 125 kuasa kuda (hp) dan tork maksimum 125Nm.
Tawaran kehebatan yang dimiliki oleh jentera dua roda ini juga tidak kurang hebat dengan tawaran harga iaitu bermula dengan harga RM116,900 oleh BMW Motorrad Malaysia.
# Honda Gold Wing
Model kembara terpopular berasal daripada buatan Jepun, jentera dua roda ini lebih eksklusif berbanding BMW R GS Adventure yang sangat lasak. Pada mulanya juga ia dibina di Marysville, Ohio, Amerika Syarikat sebelum pengeluarannya dihentikan pada tahun 2010. Kemudian diteruskan semula di Kumamoto, Jepun setahun selepas itu.
Rekaan sangat unik Honda Gold Wing berjaya meraih pelbagai anugerah permotoran sehingga berjaya mencuri perhatian para peminat jentera dua roda di seluruh pelusuk dunia. Kehebatab enjin 1,832cc dan berkemampuan menghamburkan 118hp dengan daya tujah 167Nm.
# Harley-Davidson
Model ini muncul dengan pakej gaya hidup yang tersendiri, jenama ini sangat digemari oleh individu-individu yang pentingkan keunikan dan deruman jentera tanpa memikirkan kuasa enjin Harley-Davidson.
Jentera ini juga sangat terkenal termasuklah Street, Sporter, iron, Fat Boy, Night Rod dan Street Glide.
# Kawasaki Versys
Merupakan salah satu gergasi model motersikal Jepun yang tidak mahu ketinggalan dalam era penghasilan jentera berkuasa tinggi yang praktikal untuk kelas pertengahan. Tidak dinafikan lagi, menerusi pelancaran model Kawasaki Versys 650 dan Versys 1000 di pasaran tempatan mencetus satu fenomena luar biasa terhadap para peminat motorsikal berkuasa tingi.
Selain itu, faktor rekaannya yang lebih sporty dan begitu juga dengan harga ditawarkan kompetitif menyebabkan model ini sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan.
# Yamaha YZF-R1
Motor Yamaha YZF R1 ini merupakan jenis motor superbike yang dibuat dan dirancang oleh perusahaan yang berlambangkan garputala. Yamaha kembali meluncurkan dengan sebuah produknya dengan jenis motor sportbike yang lebih teguh dan lebih handal.
Merupakan salah satu motorsikal berkuasa tinggi dalam kelasnya, YZF-R1 memiliki auranya yang tersendiri termasuklah keupayaan meguasai litar perlumbaan di seluruh dunia. Model ini direka cipta dengan kekuatan enjin empat silinder sebaris 998cc DOHC 16 injap titanium yang menghamburkan 182hp manakala tork maksimum 103.3Nm.
# Honda CBR 1000RR
Wow cantik bro! Dengan membawa nama yang dikenali sebagai ‘The Rabbit’ dalam kalangan mat motor, motorsikal ini juga dikaitkan dengan pesaing ketat bagi Yamaha YZF-R1. Jika di Eropah disebut Fireblade, CBR 1000RR dengan kekuatan enjin empat silinder sebaris 998cc 16 injap DOHC yang menawarkan 171hp bersama 106.2Nm tork.
Sejak permulaan diperkenalkan di pasaran dunia pada tyahun 2004, rekaannya sering mengalami perubahan pada enjin dan semakin digilai ramai serta menjadi idaman para peminat motorsikal berkelajuan tinggi.
# Yamaha RX-Z 135
Motorsikal dua lejang ini merupakan hasil ciptaan yang sangat disukai oleh mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam aksi dunia permotoran. Mendapat gelaran daripada orang ramai sebagai ‘The Boss’ kerana kecekapan kuasa pecut di jalan raya. Jentera ini menggunakan enjin dua lejang 133cc dengan menawarkan kuasa 14.2 PS sementara tork 12Nm sudah untuk mengusai jalan raya.
Pengeluarannya telah dihentikan pada tahun 2011 berikutan piawaian ketat berkenaan alam sekitar, tetapi beroperasi semula dengan membawa model gentian FZ150i, RX-Z masih mempunyai peminatnya yang tersendiri selain disimpan sebagai kenangan.
# Yamaha 135 LC
Produk keluaran Yamaha dianggap sebuah motorsikal yang berjaya dihasilkan dengan rekaannya sungguh menarik dan hasil penjualannya sentiasa merekodkan jualan tertinggi pada setiap tahun. Model ini keluar dengan kekuatan enjin 134cc dengan kuasa maksimum 8.93kW dan tork 11.78Nm.
Selain memiliki enjin lebih besar, sistem penyejuk cecair yang direka khas juga membantu jentera ini bergerak untuk jarak perjalanan lebih jauh dan lasak mengharugi kesesakan jalan raya.
# Yamaha Y15ZR
Kemunculan sebuah motorsikal Yamaha Y15ZR ini telah mencetuskan satu lagi fenomena permotoran kapcai apabila mula menjadi buruan penunggang sebagai motorsikal pilihan pertama mereka.
Muncul dengan rekaan ciri khas dan reka bentuk sporty, jadi tidak menjadi kehairanan apabila model ini berjaya mencatat angka jualan yang sangat memberansangkan.
Model enjin dijana dengan empat lejang sejukkan cecair SOHC yang menawarkan kuasa maksimum 11.3kW dan tork 13.8Nm.
# Honda RS150R
Honda menjadi pesaing kepada model Yamaha Y15ZR. Model Honda RS150R ini mula dipasarkan di Vietnam pada tahun 2016 sebelum meneruskan sasaran ke Indonesia dengan nama Supra GTR manakala di negara ini, model tersebut dikenali sebagai RS150R.
Mempunyai kekuatan enjin 150cc DOHC dengan 15.4hp dan tork maksimum 13.5Nm, RS150R juga dikategorikan sebagai jentera terbaik untuk kegunaan seharian. Rekaan padanan grafik juga seakan-akan jentera pasukan MotoGP, dan sentiasa mendapat permintaan daripada masyarakat.
# Honda EX-5
Walaupun bentuknya agak lama dan dianggap ketinggalan zaman, namun dengan kelebihan yang ada, ‘bentuk petak’ bukan satu halangan untuk memilikinya. Model ini terkenal dengan ketahanan enjin dan mampu menjimatkan bahan api, malah Honda EX-5 ini juga merupakan pesaing hebat kepada jentera model lain.
Model kesinambungan daripada siri Honda Cup 70 ini mula bertapak di negara ini sejak 1987 manakala angka jualan keseluruhan sudah melebihi sejuta unit. Hebat bukan!?
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com