Desas-desus semakin kuat mengatakan bahawa watak Captain America a.k.a Steve Rogers lakonan Chris Evans di dalam MCU mungkin akan ditamatkan di dalam sekuel Avengers 4.
Menurut laporan daripada New York Times, pelakon itu ada memberi petanda bahawa dia sudah bersedia untuk mengundurkan diri sebagai Captain America di dalam produksi Marvel.
Filem pertama Captain America : The First Avenger mula ditayangkan pada tahun 2011 kemudian diteruskan dengan 2 lagi sekuel iaitu The Winter Soldier dan Civil War, serta 2 lagi filem Avengers.
Dengan kemasukan banyak lagi karakter MCU yang baru seperti Black Panther, Ant-Man, Doctor Strange dan Guardians of the Galaxy, berkemungkinan besar ada watak utama yang akan ditamatkan. Justeru, ramai peminat menjangkakan salah seorang daripada watak itu adalah Steve Rogers.

Perkara itu seolah-olah sudah dijangka memandangkan watak Captain America sepatutnya mati selepas siri Civil-War, jika mengikut komik Marvel yang asal. Menurut komik juga, kawan baiknya iaitu Bucky Barnes mengambil alih tempat Captain America yang baru sehingga Rogers kembali.

Tambahan pula, pelakon yang memegang watak Iron Man iaitu Robert Downey Jr ada membuat kenyataan bahawa dia bakal merindukan perasaan berlakon bersama-sama Chris Evans di lokasi penggambaran.
Adakah benar Marvel bakal menamatkan salah seorang karakter paling popular di dalam francais mereka ?
Hmmmm sama-sama kita tunggu tarikh tayangan Avengers : Infinity War pada bulan April nanti untuk mengetahui lebih lanjut tentang nasib ‘The Cap’ di dalam MCU.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan dunia hiburan tanah air, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com