Usaha berterusan bagi mencergah virus papiloma manusia yang menjadi punca barah pangkal Rahim kepada golongan wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyasarkan seramai 27,000 wanita berusia 22 hingga 27 tahun mendapatkan suntikan di bawah Program Vaksinasi Human PapillomaVirus (HPV), pada tahun ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Abdul Shukur Abdullah, berkata sejak pendaftaran bermula 29 Januari lalu, lebih 400 wanita sudah menerima vaksinasi HPV secara percuma melalui Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.
Katanya, bermula tahun ini, hanya wanita yang lahir pada 1991 hingga 1996 sahaja akan diberikan vaksinasi HPV secara percuma oleh LPPKN kerana kohot usia 22 hingga 27 tahun amat sesuai.
“Kajian itu mendapati untuk ketiga-tiga dos vaksin HPV bagi mereka yang berusia sembilan hingga 27 tahun, lebih baik berbanding wanita yang lebih berusia.
“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sejak 2012 begitu komited dalam pemberian vaksinasi HPV bertujuan membantu mencegah virus papiloma manusia yang menjadi punca barah pangkal rahim.
Menurut BH, “Sejak dilancarkan enam tahun lalu, seramai 312,677 wanita sudah menerima manfaat menerusi program ini,”.
Abdul Shukur berkata, program ini menyasarkan ‘catch-up group’ iaitu wanita layak yang tidak termasuk di dalam Program Imunisasi HPV Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan sejak 2010 bagi pelajar perempuan berusia 13 tahun.
Tahun lalu, seramai 32,472 orang penerima baharu mendapat manfaat daripada Program Vaksinasi HPV.
“Sarawak muncul negeri yang paling ramai memperoleh manfaat HPV iaitu 4,007 orang (12.34 peratus) daripada 32,472 jumlah keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata, bagi mendapatkan vaksinasi ini, LPPKN menetapkan beberapa kriteria melayakkan wanita menerimanya iaitu warga negara Malaysia/penduduk tetap yang lahir pada tahun 1991-1996, bujang/belum pernah berkahwin, tidak hamil dan tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima pada 2014, mendapati wanita secara purata berkahwin pada usia 26.2 tahun.
Tahap kesedaran dalam kalangan wanita di negara ini tentang suntikan HPV adalah ditahap yang memberangsangkan. Ramai kalangan wanita yang sudah mendapatkan suntikan HPV semasa di sekolah secara percuma.
Maklumat lanjut, anda boleh menghubungi mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN terdekat atau merujuk kepada www.lppkn.gov.my
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai promosi menarik ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Sumber: Berita Harian