Pengarah Guillermo Del Toro pengasas kepada filem Pacific Rim pada tahun 2013 telah menerbitkan semula filem tersebut dengan tajuk terbaru Pacific Rim: Uprising. Jika melihat filem ini seolah-olah nampak seperti Transformer kan? Mempunyai robot-robot sebagai penyelamat dunia daripada ancaman raksasa ‘Kaiju’ tetapi jalan cerita yang berbeza.
Hari ini peminat di seluruh dunia dikejutkan dengan kemunculan semula filem Pacific Rim arahan Del Toro. Para penggemar Pacific Rim akan melihat kembali bagaimana pula pertarungan antara Jaeger, robot yang dikendalikan manusia, dengan Kaiju yang berasal dari dimensi lain. Jaegar akan berusaha memperkuatkan lagi skuad mereka untuk berdepan dengan ancaman semula Kaiju-kaiju tersebut.
Namun, cerita pada kali ini sebuah Syarikat dikenali dengan nama Shao Industries mahu menggantikan tempat Jaegers ini. Syarikat tersebut telah mencipta robot drone skala besar dengan kemampuan boleh dikawal dari jarak jauh. Konflik ini juga mula berlaku apabila kemunculan Jaeger misteri, Obisidian Fury menjadi pencetus kepada kemunculan semula raksasa Kaiju kerana lohong yang berjaya ditutup itu terbuka semula.
Sebelum ini Kaiju mucul dengan kehebatan yang luar biasa yang mana mereka seperti tahu setiap kali pergerakan yang akan dilakukan oleh Jaeger tersebut. Bagaimana pula kehebatan Kaiju pada kali ini? Anda perlu menyaksikannya sendiri di pawagam pada 23 March ini.
Di dalam official trailer yang dikeluarkan memperlihatkan skuad Jaegers semakin bertambah dengan kemunculan watak-watak baru dalam filem tersebut. Hanya beberapa yang kekal seperti Mako Mori dan dua orang saintis ‘gila’ iaitu Dr. Newt Geiszler dan Hermann Gottlieb. Gelagat dua orang sintis inilah yang dilihat akan ‘menggelikan hati’ anda semua.
Dalam misi menyelamatkan dunia, John Boyega tidak sendirian. Ia ditemani saudarinya, Mako Mori (Rinko Kikuchi), pilot Jaeger berbakat sekaligus saingannya, Lambert (Scott Eastwood), dan hacker Jaeger berusia 15 tahun, Amara (Cailee Spaeny). Mereka berganding bahu untuk melawan Kaiju.
Di edisi terdahulu, Pacific Rim mendapat respons positif dari masyarakat umum dalam aksi perlawanan dan efek visualnya. Secara keseluruhan, Pacific Rim mendapatkan keuntungan lebih dari 411 juta dolar AS, termasuk 114 juta dolar AS diperolehi di China.
Bagaimana pula kali ini, rasa-rasanya gempak tak filem Pasific Rim 2 ni? Jom kita tunggu dan lihat tayangannya pada hari esok. Jangan terlepas peluang bagi tayang hari pertama ni, beli tiket biar awal nanti boleh dapat seat yang selesa.
Untuk terus dapatkan tips-tips travel ke dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com