Langkah awal diambil dengan menyediakan 18 buah hospital di seluruh negara telah memulakan tawaran bagi rawatan Direct-Acting Antiviral (DAA) dan Sofosbuvir secara percuma kepada pengidap penyakit hepatitis C, langkah tersebut bermula pada awal bulan ini, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Pada fasa pertama yang dilaksanakan bagi rawatan hepatitis C akan diberikan kepada 2,000 pesakit kronik daripada 23,000 pesakit yang telah membuat pendaftaran untuk tujuan mendapatkan rawatan berkenaan.
Langkah awal dilihat hanya sedikit sahaja tawaran yang diberikan, tetapi menurut Menteri Kesihatan itu, walaupun jumlah agak sedikit namun pihak mereka komited terhadap perkara ini dan akan menambah lebih banyak lagi akses kepada rawatan tersebut dalam jangka masa terdekat ini.
Kos untuk menjalankan operasi rawatan Direct-Acting Antiviral adalah lebih murah iaitu kira-kira RM1,000 bagi setiap individu, berbanding RM50,000 yang ditawarkan sebelum ini. Agak besar jumlah yang dikurangkan bagi membantu para pesakit Hepatitis C. Rawatan Direct-Acting Antiviral (DAA) ini juga mampu membantu memulihkan pesakit pada kadar 95 peratus.
Pada September tahun lepas, Dr. Subramaniam telah mengumumkan Kabinet sudahpun meluluskan penggunaan Hak Kerajaan di bawah Akta 1983 (Akta 291) dengan memanfaatkan penciptaan tablet Sofosbuvir 400mg yang dipatenkan, yang mana kos rawatan bagi Hepatitis C akan menjadi lebih rendah dan dengan itu lebih ramai pesakit akan mendapat rawatan.
Dalam pada itu, keputusan melaksanakan Hak Kerajaan itu dibuat setelah usaha kementerian Kesihatan untuk memasukkannya ke dalam Himpunan Paten Ubat (MPP) dan rundingan harga dibuat dengan pemegang paten tidak berjaya.
Sehubungan itu, anggaran yang dikeluarkan oleh Word Health Organization (WHO), kira-kira 400,000 individu pegidap penyakit Hepatitis C di Malaysia sehingga kini. Malah, sebilangan daripada pengidap juga masih tidak sedar atau tidak mengetahui yang mereka sedang menghidapi penyakit tersebut.
Sehubungan itu, langkah diambil oleh kerajaan dengan mengeluarkan kos perbelanjaan besar bagi membantu para pesakit mendapatkan rawatan penyakit berjangkit itu. Malah, langkah tersebut adalah dengan menggunakan Hak Kerajaan dan merupakan langkah berkesan kos dikurangkan tanpa menjejaskan rawatan yang ditawarkan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tips-tips travel dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : mynewshub