Bila dah datang Krabi ni, memang rugi lah kalau tak pergi cuti mata dekat pantai-pantai yang indah. Dekat Krabi ni pantai-pantainya semua cantik, tapi kadang-kadang tu ramai sangat orang. Yalah, Krabi ni memang destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Buat anda yang tak tahu nak pergi dekat pantai mana, di artikel ni Team Deenamik senaraikan 7 pantai tercantik di Krabi yang wajib anda lawati apabila datang ke sini.
Nak tahu ? Jom skrol ke bawah untuk tahu dengan lebih lanjut.
Phra Nang, Railay
Pantai Phra Nang ni memang sangat dekat dengan Ao Nang, tapi kalau nak pergi kena naik bot sebab pantai ni dikelilingi batu-batu bukit yang tajam. Yang menariknya, air laut dekat sini warna turqoise. Memang sangat-sangat cantik.
Haa alang-alang dah sampai sini, jangan lepaskan peluang buat aktiviti rock-climbing yang paling best di Thailand.
Maya Bay, Koh Phi Phi
Kalau bercakap tentang pantai dekat Krabi, pasti tak lengkap kalau tak sebut Maya Bay. Pantai ini pernah jadi tempat shooting filem The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio. Haa sejak dari tu, pelancong asing tak putus-putus datang ke sini setiap hari.
Tapi anda kena bersabar sikit, sebab Maya Bay ni memang crowded dengan ramai sangat orang. Kalau nak rasai kecantikan pantai ni, anda kenalah datang pagi-pagi time orang tak ramai lagi. Haa masa tu baru lah ada peluang nak nikmati Maya Bay yang sebenar.
Bamboo Island
Bamboo Island ni terletak kira-kira 13 kilometer dari Koh Phi-Phi. Diameter tempat ni takdelah besar mana, cuma 500 meter je. Aktiviti pun tak banyak yang boleh buat dekat sini. Tetapi, air laut kat sini adalah yang paling jernih dekat Krabi. So kalau anda bercadang nak snorkelling, di sini lah tempat yang paling sempurna.
Air jernih, pasir putih, memang membuatkan anda rasa seperti berada di syurga.
Hong Island
Dalam bahasa Thai, hong bermaksud ruang. Pulau ini diberi nama Hong Island disebabkan ruang lagun besar yang terletak di tengah-tengah. Mengikut keadaan, kadang-kadang warna air laut berubah daripada hijau kepada turqoise lepastu kembali hijau.
Bukan setakat pantai, di Hong Island juga ada hutan hujan tropika yang lebih memberikan sentuhan ala-ala semula jadi.
Ao Nang
Tak perlu cerita banyak, semua orang pasti kenal dengan pantai Ao Nang. Mana tidaknya, Ao Nang adalah lokasi paling popular di Krabi. Pantai di sini terkenal sebab air lautnya yang suam dan pasir yang lembut.
Selalunya, Ao Nang ni jadi port mat-mat saleh mandi dan berjemur. Kalau time cuti sekolah, Ao Nang memang akan sesak dengan ramai pelancong. Lagi satu, kedai-kedai makan pun dekat je dari sini, jadi senanglah sikit kalau nak cari makanan.
Tub Kaek
Pantai Tub Kaek ni sebenarnya lagi cantik dari Ao Nang, dan orang dekat sini pun tak ramai. Pendek kata, Tub Kaek ni sering menjadi pilihan orang-orang yang nak mencari ketenangan di samping menikmati keindahan alam.
Pemandangan dekat sini dikelilingi hutan hujan tropika dan kawasan pergunungan Krabi. Selalunya pengunjung akan ke sini untuk melihat matahari terbenam di sebalik gunung berbukit.
Nopparat Thara
Nopparat Thara adalah pantai kegemaran penduduk tempatan Thai. Orang-orang Thai sangat suka berkelah di sini, walaupun pemandangannya tidaklah secantik macam di Phra Nang ataupun lagun di Hong Island.
Antara sebab utama mengapa orang tempatan suka ke sini adalah suasananya yang nyaman dan sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Anda boleh bebas berenang tanpa perlu bersesak-sesak dengan pengunjung lain.
Pendek kata, kalau nak cari ilham, datanglah ke Nopparat Thara.
Jadi, inilah 7 pantai tercantik di Krabi yang patut anga lawati. Kalau anda ada cadangan lain, sila maklumkan dalam ruangan komen di bawah.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com