ABC Tokyo (Kakigori) atau ABC bukan sahaja sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia, malah di Tokyo juga terdapat hidangan sebegini. Ais yang dikisar halus dan sirap diletakkan diatasnya menjadikan ia betul-betul memenuhi cita rasa orang ramai.

 

Kakigori ini wajib ada pada musim panas di Jepun, maklum lah kalau cuaca panas mesti semua inginkan makanan atau minuman sejuk seperti kakigori dan aiskrim. Kali ini, alangkah lebih baik jika kita mengetahui tentang keunikan ABC Tokyo ini sehingga membuatkan orang ramai perlu mencubanya.

Baiklah, seperti kita tahu setiap kedai yang membuat Kakigori ini mempunyai resepi berbeza supaya orang ramai berpeluang merasai keunikan tersendiri sesuatu makanan itu. Betul kan? Okay, jom lihat betapa uniknya ABC Tokyo ni!

#1. ABC Semulajadi Gunung Fuji

ABC semulajadi Gunung Fuji? Eh, macam mana tu? Sebenarnya ais yang digunakan untuk menghasilkan ABC ini dibuat menggunakan mata air semulajadi dari bawah gunung Fuji, sini sini ada tak? Mesti tak jumpa kan?

abc tokyo
sumber foto : Live Japan

Air yang diambil akan dibekukan dengan sangat teliti dan mengambil tempoh masa selama tiga minggu. Tujuan pembekuan adalah untuk memastikan ia mempunyai ketumpatan yang lebih padat berbanding ais yang biasa kita jumpai.

Selain itu, membolehkan ia dikisar dengan lebih halus, nipis dan menjamin keenakan yang menakjubkan. Nampak tak berbezaan ABC Tokyo dengan ABC di Malaysia?

Sekiranya anda mahu mencubanya, ketika menyusuri lorong-lorang di belakang jalan Jizo Dori dalam Sugamo cuba perhatikan persekitaran di sana pasti anda akan menjumpainya. Selamat mencuba okay!

#2. ABC Mangga Taiwan

Sebenarnya ABC ini pada asalnya bertapak di Taiwan, kemudian membuka cawangan baru di Jepun dan itu merupakan cawangan pertama mereka yang berjaya beroperasi di sana. ABC Mangga Taiwan juga berjaya menunjukkan keunikannya tersendiri seperti ABC Gunung Fuji.

ABC Mangga Taiwan ini dihasilkan dengan menggunakan buah-buahan terbaik Taiwan. Pernah dengar nama ‘Mitsuna Kankei Goukaban’ atau ‘Madu Edisi Delux’? Sebut pun susah juga kalau sudah terbiasa dengan bahasa Melayu ni.

abc tokyo
sumber foto : Live Japan

Sebenarnya ‘Mitsuna Kankei Goukaban’ ini adalah salah satu menu hidangan terbaik yang ditawarkan kepada anda semua. Boleh didapati dengan harga 2970 yen atau lebih kurang dalam RM107 untuk sekali hidang.

Uniknya ABC ini, diatasnya terdapat madu hitam, jumlah manga yang banyak, aiskrim mangga dan mempunyai marshmallow di dalamnya. Untuk pengetahuan anda harganya agak mahal tetapi ia sebenarnya boleh dikongsikan tiga hingga empat orang dalam satu masa.

Jadi usah risau, collect money from your members then take one! Save money and you can feel how delicious of ABC Mangga Taiwan. Tapi sekiranya anda hanya seorang atau berdua, mereka juga ada menyediakan hidangan bersaiz kecil dengan harga 920 yen (RM33)

#3. ABC Lembut Semulajadi

Kelembutan semulajadi ini menjadikan ia unik dan sangat terkenal dalam kalangan penduduk di wilayah Tochigi. Kakigori ini diperbuat daripadaair mineral semulajadi di Nikko, Wilayah Tochigi. Rasanya sungguh enak yang sukar dilupakan jika sesiapa saja yang pernah merasainya.

abc tokyo
sumber foto : Live Japan

Dihasilkan lebih halus dan gebu dengan rasa yang lebih lembut. Malah hidangan disediakan juga mempunyai dua kategori musim yang boleh dinikmati sepanjang tahun dan mempunyai musim yang terhad.

Jika anda ingin merasai kakigori lebih enak, anda dicadangkan supaya memakannya bersama pes kacang merah yang berharga 1,000 yen (RM36).  Di dalam ais itu juga mempunyai kacang soya hitam  dan pes kacang merah.

Selain itu, kakigori tersebut juga disaluti dengan susu keledek ungu tebal yang sangat popular dalam kalangan penduduk di sana. Anda juga boleh membuat pilihan, sama ada mahukan ais dari air tulen dengan 700 yen (RM25) ataupun ais dari mata air dengan 1000 yen (RM36).

#4. ABC Air Berperasa

Salah sebuah lagi kedai terkenal Taiwan turut membuka cawangan mereka di Jepun iaitu Ice Monster. Kedai ini menggunakan konsep sangat berbeza dari yang lain, yang mana para pelanggan berpeluang untuk memilih perasa asli daripada buah-buahan seperti teh hitam dalam ‘blok ais berperasa.’

Oleh itu, dicadangkan supaya anda mencuba salah satu hidangan berbaloi iaitu ‘Tapioca milk Tea Kakigori’ yang berharga 1000 Yen (RM36).

abc tokyo
sumber foto : Live Japan

Jika anda sedang mencari tempat-tempat makan menarik dan terbaik, anda boleh mencari menu hidangan yang dikongsikan di atas ini. Semoga info ini dapat membantu anda ketika berada di Tokyo, Jepun nanti.

Sumber : Live Japan

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here