Casing telefon bimbit memang bagus untuk melindungi telefon dari kerosakan, namun hakikatnya ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada para pengguna.
Sebuah kajian yang dijalankan di China mendapati case cover untuk telefon-telefon bimbit popular buatan China adalah berbahaya untuk digunakan kerana mempunyai kandungan toksik yang sangat tinggi.
Menurut Persatuan Pengguna Shenzhen, sebanyak 7 daripada 30 casing yang diperiksa mengandungi banyak kandungan toksik yang boleh memudaratkan penggunanya. 30 case cover itu adalah daripada 28 model telefon yang berbeza termasuklah Apple, Huawei, Samsung dan Xiaomi.
Antara casing yang mengandungi bahan toksik adalah daripada jenama Apple dan Xiaomi yang dijual secara meluas di laman-laman web rasmi di China.
Casing jenama lain yang turut dikenalpasti merbahaya adalah yang dibuat dari syarikat tempatan China iaitu Tiya, Yuening dan Q-Guo, menurut laporan South China Morning Post.
Menurut keputusan rasmi, CGTN melaporkan casing iPhone yang diuji mengandungi 47 kali lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) berbanding tahap biasa. Pengguna yang terdedah kepada PAH untuk jangka masa yang lama mungkin berisiko untuk menghidap kanser.
Antara kesan lain bahan toksik yang ditemukan itu adalah menjejaskan kemampuan reproduktif badan yang menjurus kepada kemandulan.
Kalau anda sukakan case cover yang mempunyai kilaun bling-bling, ketahuilah bahawa kristal dan glitter buatan China mempunyai 1,500 bahan berbahaya melepasi had keselamatan antarabangsa.
Untuk pengetahuan anda juga, China tidak meletakkan sebarang peraturan mengenai ciri-ciri casing telefon bimbit. Mungkin sebab itulah kilang-kilang di sana menggunakan bahan yang murah dan berbahaya untuk membuatnya.

Industri pembuatan casing telefon juga adalah satu bisnes yang besar di China, dengan penjanaan wang sebanyak 20 billion yuan setahun di Shenzhen, menurut laporan China Daily.
Oleh itu, dinasihatkan kepada anda supaya berhati-hati dalam membeli case cover telefon agar anda bebas daripada bahaya toksik.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com