Penyebaran sebuah klip video menampakkan sosok seorang gadis misteri berkebaya merah yang viral di internet beberapa hari lalu sebenarnya adalah gimik untuk filem yang bertajuk Dukun.
Wanita berkebaya merah yang dimaksudkan adalah Datin Umie Aida yang merupakan watak utama bagi filem tersebut. Ini jelas dilihat melalui poster rasmi filem itu yang bakal ditayangkan di pawagam pada 5 April 2018.
Filem Dukun adalah sebuah filem yang penuh dengan kontroversi. Walaupun siap pembikinannya pada tahun 2006, kira-kira 12 tahun yang lalu, filem itu tidak mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk ditayangkan di pawagam.
Bagi anda yang belum tahu, filem Dukun berkisarkan tentang seorang bomoh wanita yang membunuh mangsanya dengan ngeri, termasuklah mengerat badan mayat kepada beberapa bahagian.
Antara sebab filem Dukun diharamkan adalah kerana menyentuh sensitiviti sesetengah pihak, terutamanya keluarga Mona Fandey.

Mona Fandey bersama suami dan pembantunya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2001.
Walaubagaimanapun, pihak LPF akhirnya memberi kelulusan kepada karya itu untuk dipertontonkan selepas 12 tahun ‘disimpan’.
Selain Umie Aida, filem itu turut dibintangi Allahyarham Ramli Hassan, Faizal Hussein, Adlin Aman Ramli, Nam Ron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Awaa Vanja, Elyana, Sofi Jikan dan Chew Kin Wah.
Sumber : Malaysian Digest
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.comdan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com