Ramai pakar penganalisis politik di negara ini menjangkakan Pakatan Harapan akan terus memerintah Selangor, negeri terkaya di Malaysia yang sudah diperintah mereka sejak 2008.
Cara Pakatan Harapan memerintah sememangnya diterima baik oleh pengundi-pengundi di Selangor kerana telah memberi kesan positif kepada kebajikan rakyat. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga menunjukkan prestasi yang mantap sepanjang mengemudi negeri itu.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan kini harus bekerja lebih keras kerana Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sudah mengundurkan diri dari bekerjasama dengan mereka. PAS juga memutuskan untuk bertanding di atas kaki sendiri bagi PRU 14 nanti.
Pendek kata, Pakatan Harapan perlu berusaha 2 kali ganda lebih kuat kerana mereka kini mempunyai 2 saingan utama, Barisan Nasional dan PAS. Sebab itulah PKR perlu lebih teliti dalam memilih calon yang bakal mewakili parti mereka.
Di Parlimen Pandan yang dipegang Rafizi misalnya, PKR memilih untuk menggantikan Rafizi yang dijatuhkan hukuman penjara pada Februari lalu kerana membocorkan butiran akaun National Feedlot Corporation dengan orang kuat mereka iaitu Wan Azizah.
Wan Azizah terpaksa melepaskan kubu kuatnya di Permatang Pauh kepada anaknya, Nurul Izzah yang sebelum ini bertanding di Lembah Pantai.
Namun, saingan di Pandan bukanlah semudah yang disangka. Wan Azizah bakal berhadapan dengan Leong Kok Wee (Barisan Nasional), Mohamed Sukri Omar (PAS), Jenice Lee (Parti Rakyat Malaysia) dan juga calon bebas iaitu Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Apa-apapun, cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan di Selangor adalah PAS dan juga saingan tiga penjuru. PAS akan banyak mencabar dominasi mereka, sekali gus memberi kelebihan kepada Barisan Nasional secara tidak langsung.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com