Apple dijangka menghentikan pengeluaran model iPhone X pada tahun hadapan kerana harga pasaran yang terlalu tinggi dan juga lambakan bekalan cip yang tidak terjual.

 

Faktor harga telefon pintar itu yang terlalu mahal mengakibatkan para pembeli kurang berminat untuk mendapatkannya dan mula beralih untuk mendapatkan telefon yang jauh lebih murah.

Perkara itu juga diakui oleh syarikat-syarikat besar yang menjadi pembekal kepada Apple dalam pembuatan iPhone X. Disebabkan kurangnya permintaan terhadap model itu, banyak peralatan tidak terjual dan hanya menjadi lambakan yang tidak digunakan.

iPhone X wallpaper

Antara syarikat yang menjadi pembekal alatan untuk iPhone X adalah Taiwan Semiconductor Manufacturing (cip) dan AMS (Face ID). Kedua-dua saham syarikat tersebut mula jatuh disebabkan isu lambakan alatan yang tidak terjual.

BACA JUGA :   Penjelasan maksud huruf “i” dalam produk Apple. Pasti Anda Akan Tergamam

Untuk mengatasi masalah ini, Apple dijangka akan mengeluarkan 2 model baharu yang lebih murah. Dilaporkan bahawa 2 model tersebut adalah iPhone Xs dan juga iPhone Xs Plus.

Kedua-dua model terbaru itu akan mempunyai skrin paparan yang lebih besar berbading model-model yang sudah dikeluarkan sebelum ini. Desas-desus mengatakan iPhone Xs akan mempunyai saiz yang sama dengan iPhone X iaitu 5.8 inci manakala iPhone Xs Plus pula dilengkapi dengan skrin lebih besar berukuran 6.5 inci.

iPhone X launch

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Apple Bakal Lancarkan iPhone Xs & iPhone Xs Plus Hujung Tahun Ini ?

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here