Bila mood untuk bercuti samapi pelbagai persiapan dilakukan untuk memastikan perjalanan sepanjang bercuti berjalan lancar. Rasa berdebar tu jangan kata la, sebab exited nak travel di tempat perlancongan yang sangat menarik.

 

Planning semua telah disusun dengan baik, tapi empat keutamaan yang perlu anda beri perhatian sebelum memulakan langkah percutian. Langkah ini adalah untuk memastikan perjalanan ke sesuatu destinasi luar negara berjalan lancar.

Baca dan fahami keutamaan yang disenaraikan di bawah ini:

#1.Semak Tukar Mata Wang Asing

Perkara paling penting dan perlu ada bagi si kaki melancong, iaitu duit. Kalau duit mencukupi maka tiada siapa akan halang anda untuk berjalan ke mana sahaja yang diinginkan. Fikir sebelum pergi travel, sebab mata wang Ringgit Malaysia sekarang  dilihat agak tidak kukuh berbanding US dollar.

Buat survey lebih banyak tempat pertukaran matang wang dan perlu lah rajin melakukannya, cuba dapatkan tempat penukaran yang lebih murah dan sangat terkenal seperti suatu tempat di Midvally dan beberapa yang lain lagi.

#2. Jangka Hayat Passport
sumber foto : OhBulan

Jangan hanya sekadar mempunyai passport saja, tetapi perlulah memeriksa tarikh sah passport anda. Sekiranya tempoh sah passport anda kurang dari enam bulan, pergi ke imigresen untuk membuat proses pembaharuan/renew.

Sekiranya di pejabat imigresen penuh atau ramai orang, anda juga boleh terus bergerak ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan dengan tempat tinggal anda. Menjimatkan masa anda tanpa perlu menunggu lama di satu tempat dalam satu masa.

#3. Perlu Visa Atau Tidak

Perkara yang sangat penting sebelum pergi ke luar negara adalah mempunyai Visa. Apa itu Visa? Visa merupakan dokumen penting yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dimana ia adalah kebenaran kepada seseorang untuk berada atau tinggal di negara asing dalam tempoh dan tujuan tertentu.

Anda perlu tahu terlebih dahulu sama ada negara itu perlukan visa ataupun tidak. Bukan semua negara memerlukan Visa dari pengunjung luar, contohnya pengunjung Malaysia pergi ke Thailand tetapi tidak memerlukan Visa. Jadi cuba buat penelitian dahulu ya sebelum pergi melancong.

#4. Ketahui Anda Tersenarai Sebagai Blacklist Atau Tidak

Jangan melabur kos perbelanjaan terlebih dahulu dengan membeli kelengkapan percutian sebelum mengetahui nama anda berada dalam ‘blacklist’ atau tidak di imigresen, kerana mereka yang tersenarai sebagai ‘blacklist’ tidak dibenarkan ke luar negara.

Sampai-sampai kat airport tersangkut pula! Check punya check sangkut sebab mempunyai hutang PTPTN. Oleh itu, buat pemeriksaan terlebih dahulu supaya percutian anda tidak terbantut hanya kerana perkara yang anda terlepas pandang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here