Bagi setiap kod yang digunakan pada setiap buah-buahan ataupun barangan lain mempunyai makna tersendiri. Seperti yang kita ketahui untuk mendapatkan buah segar bukan susah, hanya perlu pergi ke pasar beli-belah dan pilih saja.
Tapi masih ramai lagi tidak mengetahui kod yang digunakan disebalik kod-kod dilekatkan pada setiap buah-buahan itu. Kebanyakan ramai yang tahu membeli tapi hanya segelintir saja yang meneliti setiap pembelian itu.
Kita juga tahu bahawa doktor-doktor di luar sana sangat menyarankan masyarakat untuk mengambil buah-buahan sebagai diet harian yang perlu diamalkan. Saranan ini adalah untuk mengekalkan kesihatan tubuh kita.
Jika anda seorang yang teliti, pasti anda akan menyedari setiap buah-buahan ataupun sayur-sayuran itu mempunyai pelekat kod berlainan. Sebagi pengetahuan anda, pelekat itu sebenarnya Price Look-up (PLU Code) yang mana bertujuan untuk memudahkan pengawalan inventori dan pemerikasaan berjalan lancar, mudah dan teratur.
Di setiap pelekat kod itu juga mengandungi 4 digit atau 5 digit. Nombor itulah sebenarnya yang mewakili maksud tertentu dan anda sepatutnya faham tentang perkara ini.
LKd PLU ini dikawal selia oleh satu badan yang dikenali sebagai International Federation for Produce Standards (IFPS) mula digunakan untuk edaran buah-buahan di seluruh pasar raya besar sejak tahun beberapa tahun yang dahulu lagi.
Tiga perkara utama yang perlu diketahui iaitu, 4 digit bermula dengan nombor 3 ataupun 4, dan kod 5 digit bermula dengan kod 8 ataupun 9.
#1. Pelekat 4 Digit, Bermula Dengan Nombor 3 Atau 4 Pada Buah-Buahan
Buah yang bermula dengan kod nombor 4 digit ini membawa maksud bahawa buah itu ditanam dengan menggunakan kaedah penanaman konvensional iaitu penanaman seperti biasa.
Sebagai contoh, kod nombor 4020 ataupun kod 4011 yang dilekatkan pada buah pisang. Bermaksud buah pisang itu ditanam dengan kaedah tanaman biasa yang mana ia ditananam melibatkan penggunaan bahan racun perosak dan sebagainya.
Oleh itu, jika anda mengambil buah bermula dengan kod nombor seperti ini, pastikan kulit buah itu dikupas terlebih dahulu sebelum memakannya. Ia bertujuan untuk mengelakkan anda terkena kesan sampingan akibat penggunaan bahan racun tersebut.
#2. Pelekat 5 Digit, Bermula Dengan Kod Nombor 8
Peluang untuk anda menemui kod nombor ini sangat tipis, walaupun begitu anda perlu tahu dan perlu berhati-hati kerana ia membawa maksud buah-buahan atau sayur-sayuran itu terhasil menerusi teknik modifikasi secra genetic ataupun genetically modified (GM Food).
Sangat berguna untuk pengetahuan anda pada masa akan datang, bukan perkara utama bagi pengedar buah-buahan itu meletakkan label GM Food, oleh itu anda boleh perhatikan kod tersebut.
Jika anda perasan, label kod ini sering dilekatkan pada pisang, jagung, kacang siya, kanola dan betik. Sebagai contoh, label kod PLU terdapat pada buah epal yang dihasilkan menggunakan cara ini adalah 84131. Selepas ini anda perlu memerhatikan bagi setiap pembelian supaya anda tahu asal buah itu dihasilkan dan proses apa yang digunakan.
#3. Pelekat 5 Digit Bermula Dengan Kod Nombor 9
Pengamal buah-buahan ini sudah pasti menginginkan dirinya kekal sihat sepanjang usia. Oleh itu, anda adalah seorang pengamal diet makanan organik, dan anda juga perlu memilih ko PLU seperti ini bagi memastikan anda tidak tersalah beli.
Pilih kod nombor bermula 9 yang mana membawa maksud buah itu dihasilkan daripada ladang yang menggunakan teknik penanaman organik.
Sebagai contoh, buah mempunyai kod nombor 94011, anda tidak perlu risau dan ia bukanlah daripada GM Food dan bebas penggunaan racun.
Sumber : Siakap Keli
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com