Minggu lalu, BMW Group Malaysia memperkenalkan model BMW X2, sebuah kenderaan kompak mewah dalam kategori ‘sport activity coupe’ (SAC), yang memiliki keseimbangan ideal antara kecekapan dan pemanduan kereta sport yang dinamik, termasuk kabin yang terbaik dalam kelasnya.

Di lengkapi dengan kuasakan enjin petrol 2.0L BMW TwinPower Turbo dengan Valvetronic, membolehkan kelajuan maksimum sehingga 227 kilometer sejam (km/j). Secara keseluruhan, nadi kuasa jentera ini menjana 192 kuasa kuda (hp) dan tork 280Nm.

BMW X2 Model ini didatangkan dalam dua varian termasuk BMW X2 s Drive 20i M Sport, dengan reka bentuknya garang dan maskulin Edisi terhad sebanyak 100 kenderaan dan dijual pada harga RM320,800 (tidak termasuk insurans) yang mampu memberikan keseronokan pemanduan terunggul.

Sebelum ini, siri-siri BMW X telah mencipta kecemerlangan di Malaysia. Tahun lepas sahaja, berjaya menjual lebih 4,200 model BMW X atau 39.6 peratus daripada 10,618 kenderaan yang dijual.

Model ini menjadi tambahan terbaharu ke dalam portfolio kereta mewah BMW dengan ciri-ciri SAC yang menampilkan rekaan bersifat urban, dinamik dan sporty, yang akan memberikan impak dalam kelasnya khususnya dalam barisan model BMW X.

BACA JUGA :   Agama, Bangsa Atau Politik : Apakah Punca Sebenar Rakyat Malaysia Gagal Bersatu ?

Kini, anda boleh dapatkan model BMW X2 yang dijual oleh pengedar-pengedar bertauliah BMW di seluruh negara. Mempunyai tiga warna baharu iaitu galvanic gold metallic, misano blue metallic dan sunset orange metallic, kabin dalaman diserlahkan dengan warna hitam dan kelabu.

BMW X2

Pendek kata, reka bentuk BMW X2 memberikan ekspresi dinamik dengan ciri coupe serta grafik tingkap yang langsing. Jentera ini dijana enjin TwinPower Turbo yang memastikan pengalaman pemanduan tiada tandingan.

Lebih menarik lagi ialah gril ‘ginjal’ yang sinonim dengan BMW, dibentuk lebih lebar. Selain itu, reka bentuk lampu hadapan lebih tajam mewujudkan kelebihan dinamik termasuk lampu utama dan lampu kabus LED. Pakej BMW M Aerodynamics dipadankan dengan trim tayar dan salutan pewarna pelindung pada permukaan semua pintu kereta termasuk spoiler belakang.

BACA JUGA :   Beberapa DUN Mula Bersidang Pada Ogos, Parlimen Sudah Cukup Kelengkapan

BMW X2 Skirt sisi, rim bersaiz 19 inci dan suspensi BMW M Sport menyebabkan BMW X2 rendah 10 milimeter (mm) untuk pemanduan yang menakjubkan. Ruangan dalaman ­dilengkapi pencahayaan LED ambien dalam variasi pilihan warna.

Teknologi BMW Head-Up Display berwarna me­nyiarkan maklumat ber­kaitkan pemanduan selain Navigation Plus dengan paparan sentuh 8.8 inci bersama empat pembesar suara dan dua woofer.

BMW X2

Kenderaan tersebut boleh dimiliki melalui program kewangan yang dinamik daripada Perkhidmatan Kewangan Kumpulan BMW Malaysia, yang merangkumi Program BMW Full Circle dengan ansuran bulanan bermula daripada RM4,498 dengan 20 peratus bayaran muka untuk tempoh empat tahun atau perbatuan sejauh 20,000 km setahun.

Sumber: BERNAMA

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here