Barisan EXCO kerajaan Negeri Sembilan bakal diketahui umum pertengahan minggu hadapan. Pengumuman itu bakal dibuat oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun.
Menurut Aminuddin Harun, pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri dalam proses perbincangan lanjut mengenai komposisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setiap parti yang akan dilantik sebagai EXCO dan perkara itu akan dimuktamadkan dalam beberapa hari sahaja lagi.
Senarai nama EXCO akan dibawa menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Kesemua portfolio EXCO tidak jauh berbeza dengan kerajaan negeri yang mentadbir sebelum ini, namun terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan lagi bersama semua ahli EXCO, termasuk mengenai bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri sebelum ini serta dasar baharu yang bakal diperkenalkan.
Tambah beliau, kita akan umumkan senarai EXCO pada minggu hadapan setelah mendapat perkenan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Menurut beliau, buat masa ini, kita telah menetapkan untuk melantik 10 orang ahli EXCO dan setiap parti dalam PH akan mempunyai wakil.
Tumpuan utama adalah diberikan kepada bahagian pentadbiran untuk menunaikan semua janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Beliau juga menjawab dakwaan mengenai nasib penjawat awam diberhentikan. Menurut beliau, belum ada lagi sesiapa yang diberhentikan kerja selepas (PH) mengambil alih kerajaan negeri.
Aminuddin Harun, 51 merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang Baharu dan beliau secara rasminya memulakan tugas sebagai ketua kerajaan Negeri Sembilan Isnin lalu.
Turut mengiringi beliau pada hari pertama menjadi MB ialah beberapa wakil rakyat lain seperti ADUN Bahau, Teo Kok Siong, ADUN Lobak, Chew She Yong, J. Arul Kumar dan Senawang, P. Gunasekaran.
Berikutan itu, rakyat di Negeri Sembilan tidak perlu risau atau bimbang dengan perubahan yang dilakukan kerana dasar yang baik akan diteruskan malahan akan ditambahbaikan yang mana perlu untuk keselesaan rakyat di negeri itu.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com