Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru agar kerajaan Pakatan Harapan dapat meneruskan bantuan kewangan khas Aidilfitri kepada penjawat awam di Johor seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri pimpinan BN sebelum ini.
Terdahulu, kerajaan Johor di bawah pentadbiran Khaled Nordin sebelum pilihan raya mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada lebih 19,000 kakitangan penjawat awam di negeri itu sempena Aidilfitri.
Menurutnya, keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya umum bagi tujuan membantu kakitangan awam melakukan persiapan Hari Raya. Tambahan pula, kerajaan negeri Johor mampu membiayainya.
Pembayaran itu sepatutnya dibuat pada Selasa ini (28 Mei 2018).
Walaubagaimanapun, MB Johor yang baru dilantik iaitu Datuk Osman Sapian menegaskan bahawa pihaknya akan mengkaji perkara itu dengan lebih lanjut.
Segala keputusan berkenaan bantuan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Langkah pemberian ‘bonus’ ini adalah selari dengan tindakan Kerajaan Pusat yang turut mengumumkan insentif khas kepada penjawat awam yang berpendapatan rendah menjelang Hari Raya.
Apa-apapun, diharapkan Datuk Osman Sapian akan meneruskan pemberian bantuan tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri dengan kenaikan kos sara hidup yang membelenggu rakyat serta masalah ekonomi yang tidak menentu.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com