Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa dirinya bukanlah individu yang sesuai untuk menjadi Menteri Besar di negeri selatan tanah air itu.

Beliau yang pernah menjadi MB Johor selama tiga penggal (1986-1995) sebaliknya mahu agar peluang tersebut diberikan kepada individu lain yang dirasakan lebih layak berbanding dirinya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berharap agar pemimpin-pemimpin muda dapat diketengahkan untuk membawa Johor terus ke hadapan dalam jangka masa 5 tahun yang mendatang.

muhyiddin mb johor
Sumber foto : Astro Awani

Muhyiddin sebelum ini memenangi kerusi Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada piliihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Pemilihan calon Menteri Besar adalah keputusan konsensus dalam Pakatan Harapan dengan mengambil kira pengalaman dalam pentadbiran dan politik, latar belakang, kelulusan serta pelbagai aspek lain”

BACA JUGA :   3 Bintang JDT Tidak Akan Beraksi Bermula Musim Hadapan

“Ini penting kerana kita sedar pengundi mengharapkan sesuatu lebih baik bagi memastikan agenda yang kita hendak lakukan dapat dilaksanakan bawah satu kepemimpinan kukuh dan berpengalaman”

“Saya membuat keputusan itu bagi memberi ruang kepada orang muda. Saya boleh memanfaatkan masa untuk memberikan banyak tunjuk ajar dan menjadi mentor”, ujar Muhyiddin

muhyiddin mb johor
Sumber foto : Amanah Daily

Muhyiddin sebelum itu bertemu Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi untuk memohon perkenan baginda menubuhkan kerajaan baharu Johor serta menyerahkan beberapa nama untuk jawatan Menteri Besar.

Antara nama yang disebut-sebut untuk dipertimbangkan bagi jawatan tersebut adalah ADUN Simpang Jeram, Salahuddin Ayub, ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian dan ADUN Parit Yani, Aminulhuda Hassasn.

BACA JUGA :   Ibu Ditahan Kerana Melacurkan Anaknya Berumur 8 & 10 Tahun

Majlis istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Johor yang baharu akan dilakukan pada pukul 3 petang hari ini. Persiapan sudah dibuat dan calon yang akan menjawat Menteri Besar akan diketahui dalam masa terdekat.

Apa-apapun, diharapkan agar Menteri Besar Johor yang baharu ini akan dapat memimpin Johor dengan baik dan terus membawa Johor ke arah kemajuan yang diinginkan.

Muhyiddin MB Johor
Menteri Besar Johor sebelum ini, DS Khaled Nordin.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here