Projek mega Pan Borneo amat dinanti-nantikan oleh masyarakat di seluruh Sabah dan Sarawak. Projek itu bakal menjadi sebuah lebuh raya terpanjang di Malaysia apabila kerja-kerja pembuatan itu selesai nanti.
Projek berkanaan yang mana menjangkau jarak kira-kira 2,000 kilometer, bermula dari Telok Melano di penghujung barat daya Sarawak sehingga ke Seruding Nun Jauh di penghujung negeri Sabah.
Pan Borneo merupakan projek mega yang diterajui oleh bekas perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM 27 bilion.
Apabila berlaku pertukaran pimpinan kerajaan baharu, ia menimbulkan kebimbangan yang amat besar. Namun begitu, Pakatan Harapan Sarawak menjamin bahawa projek tersebut tidak akan terjejas dan akan diteruskan seperti dijanjikan.
Pengerusi PH, Chong Cheing Jen, berkata, “saya tahu ramai tertanya-tanya berkenaan projek itu bakal terhenti. Oleh yang demikian, saya memberi jaminan bahawa ia akan diteruskan sehingga ke pangkal jalan,” ujar beliau di sidang media.
Jika projek Lebuh Raya Pan Borneo itu siap, maka terciptalah satu sejarah lebuh raya empat Lorong kategori ‘R5’ pertama dibina tanpa tol. Bukan sekadar kewujudan lebuh raya itu, tetapi ia juga akan merancakkan pembangunan bandar-bandar baharu di sepanjang lebuh raya nanti.
Sungguhpun begitu, Chieng Jen menyatakan, proses audit membabitkan kontraktor utama dan subkontraktor akan dijalankan.
Bagi melancarkan projek berkenaan, proses pelantikan kontraktor dan proses tender kontrak akan dikaji semula. Hal ini, bagi mengelakkan wang itu digunakan pada saluran yang betul dan tiada sedikit pun wang akan masuk ke dalam poket-poket peribadi.
Masyarakat tidak perlu bimbang, kerana Ahli Parlimen Stampin cuba akan menyelesaikan masalah berlaku dan mempercepatkannya apabila Kabinet Persekutuan dibentuk sepenuhnya. Masalah yang berlaku sebelum ini adalah kelewatan pembayaran kepada subkontraktor.
Lebuh Raya Pan Boneo akan dirasai oleh seluruh masyarakat di Sabah dan Sarawak dalam tempoh beberapa tahun lagi. Dijangkakan siap pada tahun 2021, tetapi mungkin ia akan siap lebih awal berbanding jangkaan dibuat sebelum ini.
Pemilik kepada Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd yang mana telah merentas sempadan Brunei Darussalam adalah Bustari. Perbelanjaan memakan sebanyak RM 27 bilion untuk prosese menyiapkannya.
Sumber : Berita Harian
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com