Susulan daripada rampasan barangan di rumah milik Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, tengah malam tadi, satu lagi serbuan dan pihak polis merampas beberapa barang mewah  diantaranya 72 beg yang mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga lain, dalam satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments, di Bukit Bintang.

1MDBDalam rampasan itu, pihak polis turut merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin. Ketika serbuan dilakukan, tiada penghuni di dalam unit kondominium tersebut.

Dalam serbuan ini, lima trak polis digunakan untuk memunggah barangan yang dirampas di kondominium tersebut bermula jam 12.13 tengah malam tadi.

Jumlah nilai rampasan setakat ini termasuk wang tunai di kondominium tersebut  dan juga nilai rampasan sebelum ini masih belum dipastikan lagi. hal ini kerana, jumlahnya sangat besar. Pihak yang terlibat dalam proses siasatan ini perlu menganalisa dengan lebih terperinci.

BACA JUGA :   Nelayan Jumpa Bayi Dalam Beg Galas di Tengah Sungai

1MDB

Kondominium berkenaan adalah salah satu daripada enam lokasi pemeriksaan yang dilakukan semenjak dua hari yang lalu.

Antara lokasi lain yang diperiksa ialah Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri serta empat kediaman persendirian milik bekas Perdana Menteri.

1MDB

Menurut Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, rampasan itu adalah berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas mendapat waran geledah daripada mahkamah, dalam operasi di Pejabat Perdana Menteri, pihak polis merampas dokumen berkaitan siasatan 1MDB di Pejabat Perdana Menteri.

1MDB

Siasatan masih dilakukan, berkenaan barang rampasan malam tadi, untuk melakukan sebarang dakwaan, ia akan diputuskan oleh Ketua Polis Negara nanti.

BACA JUGA :   VIRAL : Ini Punca Sebenar Mengapa Kereta Polis Kena 'Clamp'

Mengenai dakwaan peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, Datuk Harpal Sigh Grewal, berkenaan dakwaan beliau pihak polis membuat pemeriksaan di kediaman Najib sehingga mengganggu ketenteraman penghuni di Taman Duta tempoh hari lalu.

1MDB

Selain itu, pihak polis mengambil masa terlalu lama sehingga hampir 24 jam. Walau bagaimanapun, Amar Sigh membidas kenyataan tersebut dan menyatakan pihaknya melakukan tugasan secara professional.

Sehingga sekarang, siasatan 1MDB masih berjalan, orang ramai dan pihak media diminta jangan buat sebarang spekulasi berhubung dengan tangkapan ke atas mana-mana pihak.

Sumber: Berita Harian 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here