Kontrak penjawat awam putrajaya

Laman sosial di negara ini bertukar menjadi kecoh sejak semalam apabila 500 penjawat awam berstatus kontrak di beberapa jabatan kerajaan didakwa telah ditamatkan perkhidmatan serta merta, tidak sampai seminggu selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan Persekutuan.

Bukan itu sahaja, kebanyakan penjawat awam di Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditamatkan kontrak turut diarahkan keluar dari kuarters penjawat awam di Putrajaya.

Kontrak penjawat awam putrajaya

Selain di Putrajaya, nasib yang sama juga dialami oleh penjawat awam di unit sama di Pejabat Pembangunan Persekutuan di Pulau Pinang.

Melihat dari sudut ekonomi, sememangnya tindakan tersebut ada bersangkut paut dengan usaha Pakatan Harapan untuk mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.

Penjawat-penjawat awam tersebut adalah daripada lantikan politik serta bertugas dalam perkhidmatan bagi menteri dan timbalan menteri. Jumlah penjawat awam di dalam sektor kerajaan adalah tersangat ramai dan ada juga segelintir daripada mereka yang bekerja secara sambil lewa dan tidak produktif.

BACA JUGA :   Port Dickson: Hambar Walaupun Ada Anuar Ibrahim

Kontrak penjawat awam

Walaubagaimanapun, Tun Mahathir mengesahkan penjawat awam yang ditamatkan kontrak itu bukanlah dibuang sepenuhnya tetapi akan dipindahkan ke sektor swasta mengikut kesesuaian agensi. Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu memberi jaminan penjawat awam tidak akan dikurangkan walaupun berlaku penstrukturan semula kementerian seiring dengan pertukaran kerajaan.

“Kita tidak akan gugurkan mereka (penjawat awam) selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan, kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka ini di jabatan lain dan juga agensi lain.

“Penjawat awam yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan,” katanya.

Boleh disifatkan langkah ini juga adalah cerminan Dasar Penswastaan yang pernah dikuatkuasakan oleh Tun Mahathir semasa zaman beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 dahulu.

BACA JUGA :   Senarai Lengkap Barangan & Perkhidmatan Yang Dikecualikan SST

Tun Mahathir Perdana Menteri

Konsep penswastaan ini ada pro dan cons yang tersendiri. Kebaikannya adalah bebanan kerajaan dapat dikurangkan dan kecekapan pekerja dapat ditingkatkan.

Namun, kesan negatifnya adalah kos sara hidup akan meningkat sedikit. Ini akan memberi kesan langsung terhadap rakyat.

Apa-apapun, diharapkan agar kerajaan Pakatan Harapan dapat memikirkan kaedah terbaik untuk menempatkan mereka yang dibuang serta merta itu dan bukan membiarkan mereka terkapai-kapai begitu sahaja.

Kredit : Asrul Omar

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here