Dilema Kim Swee

Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee melakukan rombakan besar-besaran dalam pemilihan pemain ke kem latihan pusat menjelang Sukan Asia 2018. Kim Swee tidak menyenaraikan 13 pemain yang sebelum ini telah membantu skuad Harimau Muda sampai ke peringkat suku akhir Kejohanan AFC pada Februari lalu.

Hanya 10 pemain sahaja yang dikekalkan dan 17 muka-muka baru dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan.

Kim Swee banyak memanggil nama-nama baru ke kem latihan pusat kali ini.

Bagaimanapun, baki 13 pemain lain tidak dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini adalah di atas beberapa faktor dengan enam pemain telah disenaraikan ketua jurulatih skuad senior, Tan Cheng Hoe untuk perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Fiji pada 5 Julai 2018.

Antaranya adalah penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), N Thanabalan (Negeri Sembilan), Adam Nor Azlin dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim) serta Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur).

Kem Latihan
Skuad Harimau Muda B-23 menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya mara ke suku akhir dalam Kejohanan AFC lalu.

Empat lagi pemain – Akhyar Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Johor Darul Ta’zim II) dan Shivan Pillay Asokan (PKNS FC) pula bersama skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak untuk menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya bermula 3 Julai ini.

Dominasi JDT

Seperti yang dijangka, pemain-pemain daripada skuad JDT dan JDT II mendominasi  senarai apabila  5 pemain dari kedua-dua kelab itu diberi kepercayaan oleh Ong Kim Swee.

BACA JUGA :   3 Sebab Mengapa Harimau Malaya Berjaya Membelasah Bhutan 7-0

Berikut merupakan senarai penuh 27 pemain yang dipanggil :

NO NAMA UMUR PASUKAN
1. HAZIQ NADZLI 20 JOHOR DARUL TA’ZIM
2. DOMINIC TAN 21 JOHOR DARUL TA’ZIM
3. SYAMER KUTTY ABBA 21 JOHOR DARUL TA’ZIM
4. ADIB ZAINUDIN 23 JOHOR DARUL TA’ZIM II
5. HAFIY HAIKAL ISMAIL 20 JOHOR DARUL TA’ZIM II
6. NIK AZLI NIK ALIAS 21 KELANTAN
7. DANIAL HAQIM DRAMAN 20 KELANTAN
8. SHAHRUL NIZAM ROS HASNI 20 KELANTAN
9. AFIQ SALUDDIN 20 KELANTAN
10. KOGILESWARAN RAJ 20 PAHANG
11. FAISAL ABDUL HALIM 20 PAHANG
12. R DINESH 20 PAHANG
13. SYAHMI SAFARI 20 SELANGOR
14. ASRAFF HAYQAL ZAINAL 21 SELANGOR
15. AMIRUL HAZIQ RASMIZAL 20 SELANGOR
16. BADDROL BAKHTIAR * 30 KEDAH
17. LOQMAN HAKIM MARZUKI 20 KEDAH
18. JAFRI FIRDAUS CHEW 21 PKNS FC
19. RODNEY CELVIN AKWENSIVIE 22 PKNS FC
20. DANIAL AMIER NORHISHAM 21 FELDA UNITED
21. SYAZWAN ZAIPOL BAHARI 23 PERAK
22. TOMMY MAWAT BADA 22 PJ RANGERS FC
23. KHATUL ANUAR MD JALIL 21 KUALA LUMPUR
24. SYAFIQ RIZUAN 21 PULAU PINANG
25. IZZAN SYAHMI MUSTAPA 21 TERENGGANU
26. EVAN WENSLEY WENCESLAUS 20 SABAH
27. WONG TSE YANG 23

Tidak banyak kejutan yang boleh diperkatakan apabila melihat kepada senarai pemain yang dipanggil. Kesemua daripada mereka telah mempamerkan aksi yang cukup mantap dan konsisten di peringkat liga mewakili pasukan masing-masing.

BACA JUGA :   Hariss Harun Teruja Untuk Beraksi Kembali Bersama JDT
Kem Latihan
Ketua Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee

Hanya ada satu pemain yang mungkin kurang dikenali iaitu Wong Tse Yang, penjaga gol kelahiran China yang sebelum ini beraksi bersama BC Rangers dalam saingan Liga Hong Kong. Untuk pengetahuan anda, Tse Yang merupakan anak kepada bekas penjaga gol kebangsaan, Wong Kam Fook.

Lebih menarik, kapten pasukan Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar yang berusia 30 tahun turut disenaraikan memandangkan peraturan kejohanan membenarkan satu kuota untuk pemain yang telah melepasi usia 23 tahun.

Kem Latihan
Baddrol Bakhtiar

Kem latihan skuad kebangsaan dijadualkan bermula dari 1-7 Julai ini sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Asia 2018 yang bakal berlangsung di Indonesia pada bulan Ogos.

Mampukah skuad Harimau Muda B-23 melakar kejayaan di temasya Sukan Asia nanti ? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here