Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM telah membekukan akaun UMNO pusat dan UMNO Selangor.
Beliau berkata lagi, berkemungkinan besar akaun UMNO Johor juga akan dibekukan kelak. Pembekuan ini adalah arahan daripada SPRM dan beliau tidak akan mempersoalkan arahan terbabit.
Bekas menteri pertahanan itu turut menyeru semua ahli UMNO untuk kekal tabah meski pun telah ditimpa pelbagai ujian sejak kekalahan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14 yang lepas.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) turut akan membatalkan pendaftaran parti itu selepas diminta oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Usaha kini ditumpukan untuk membuktikan segala dana dan wang yang berada di dalam akaun UMNO adalah datang daripada sumber yang sah dan tidak diperolehi daripada mana-mana sumber yang haram.
Umno juga sanggup untuk memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi membantu siasatan oleh pihak SPRM bagi menjelaskan sumber kewangan yang digunakan oleh UMNO selama ini bukan daripada sumber yang diragukan.
Ahmad Zahid menambah lagi, selagi bersama UMNO, beliau tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mengugut UMNO dan melakukan sebarang diskriminasi terhadap parti Melayu nasional itu.
Beliau menegaskan lagi, ugutan dan penderaan politik tidak seharusnya berada dalam negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Beliau turut meminta agar semua ahli UMNO untuk terus setia bersama UMNO mengharungi ujian ini.
Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis sambutan Aidilfitri di Johor Bahru.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp : wasap.my/60132002695