Lagenda bola sepak dunia, Zinedine Zidane secara rasminya mengumumkan bahawa beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Real Madrid. Pengumuman itu dibuat lima hari selepas kejayaan kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL), setelah membenam Liverpool di perlawanan akhir.

Tindakan Zidane itu sememangnya menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat. Ini kerana jurulatih berbangsa Perancis itu telah banyak membawa Los Galacticos memenangi pelbagai trofi.

Malah, kejuaraan UCL tempoh hari bermakna Real Madrid berjaya mempertahankan trofi itu untuk 3 tahun berturut-turut.

zidane real madrid
Real Madrid menang UCL untuk 3 tahun berturut-turut.

 

Namun, Zidane ada alasannya yang tersendiri mengapa beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Salah satunya adalah prestasi kelab di saingan liga domestik yang sangat mengecewakan. Real Madrid hanya sekadar menduduki tangga ketiga dalam La Liga, ketinggalan jauh 17 mata di belakang Barcelona yang muncul juara.

BACA JUGA :   Peminat Liverpool Sedia Peluk Islam Kerana Mohamed Salah

Tambahan pula, skuad Los Galacticos itu tersingkir di peringkat suku akhir kepada Leganes dalam pertandingan piala tempatan (Copa del Rey).

Barcelona gah muncul juara liga musim ini.

 

Kegagalan Real Madrid untuk memberikan saingan kepada Barcelona dilihat menjadi sebab utama Zidane terus-menerus diberikan tekanan oleh pengurusan tertinggi kelab itu.

Malah, desas-desus mengatakan Zidane akan terus dipecat sekiranya tewas kepada Liverpool dalam perlawanan akhir UCL.

Jadi, tindakan Zidane mengundur diri ini adalah kerana beliau mahu pergi dengan cara terhormat dan bukannya secara dipecat.

Sementara itu, 2 nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Zidane adalah Arsene Wenger dan pengendali Tottenham iaitu Mauricio Pochettino. Arsene Wenger juga telah meletakkan jawatan sebagai pengurus The Gunners di penghujung musim lalu.

BACA JUGA :   Akhirnya Cristiano Ronaldo 'Dilepaskan' Oleh Real Madrid
Arsene Wenger

 

Apa-apapun, pastinya pengendali Real Madrid yang seterusnya akan mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam membawa kelab itu menempa kejayaan di La Liga dan juga di Liga Juara-Juara Eropah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here