Siapa Bakal Menang FIFA Ballon D’Or ?

Setelah berakhirnya saingan Piala Dunia 2018 yang lalu, FIFA kini mengumumkan senarai pendek 10 pemain yang bakal memenangi anugerah pemain terbaik dunia atau lebih lebih dikenali sebagai FIFA Ballon D’Or untuk tahun 2018.

Bagi anda yang belum tahu, keputusan pemilihan pemain terbaik dunia adalah berdasarkan undi daripada empat pihak iaitu :

  • Semua kapten pasukan kebangsaan
  • Semua ketua jurulatih pasukan kebangsaan
  • Kotak undi daripada peminat awam
  • Wartawan sukan dari media antarabangsa

Pemenang anugerah tersebut akan diumumkan pada 24 September ini, bertempat di London.

Tanpa celoteh panjang, mari kita lihat senarai 10 pemain tersebut :

#1. Antoine Griezmann

FIFA Ballon D'Or

Pasukan :  Atlético Madrid dan Perancis

Kejayaan pada Musim 2018 : Juara Europa League, Juara Piala Dunia, Bola Gangsa FIFA WC (pemain ketiga terbaik keseluruhan), Kasut Perak FIFA WC (penjaring kedua terbanyak).

#2. Cristiano Ronaldo

FIFA Ballon D'Or

Pasukan : Juventus dan Portugal

Kejayaan pada Musim 2018 : Juara UEFA Champions League, penjaring terbanyak UCL musim 2017/2018.

#3. Eden Hazard

FIFA Ballon D'Or

Pasukan : Chelsea dan Belgium

BACA JUGA :   Malaysia Berpeluang Cerah Jadi Tuan Rumah Piala Dunia FIFA 2034

Kejayaan pada Musim 2018 : Tempat ketiga di Piala Dunia 2018, Bola Perak FIFA (pemain kedua terbaik keseluruhan) dan penyumbang assist kedua terbanyak pada Piala Dunia edisi lalu.

#4. Harry Kane

FIFA Ballon D'Or

Pasukan : Tottenham Hotspurs dan England

Kejayaan pada Musim 2018 : Tempat keempat di Piala Dunia, Pemenang Kasut Emas (penjaring terbanyak) di Piala Dunia.

#5. Kevin de Bruyne

Pasukan : Manchester City dan Belgium

Kejayaan pada Musim 2018 : Juara Liga Perdana Inggeris dan Piala EFL bersama Manchester City, tempat ketiga di Piala Dunia. De Bruyne juga  diberikan anugerah pemain perancang terbaik di EPL di musim lalu.

#6. Kylian Mbappe

FIFA Ballon D'Or

Pasukan : Paris Saint-Germain dan Perancis

Kejayaan pada Musim 2018 : Juara Ligue 1 dan Coupe de la Ligue bersama PSG. Juara Piala Dunia bersama Perancis. Mbappe juga memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik di Piala Dunia yang lalu.

#7. Lionel Messi

FIFA Ballon D'Or

Pasukan : Barcelona dan Argentina

Kejayaan pada Musim 2018 : Juara La Liga dan Copa del Rey bersama Barcelona. Messi juga adalah penjaring dan penyumbang assist terbanyak di La Liga musim lalu di samping menerima anugerah Kasut Emas Eropah (penjaring terbanyak di Eropah).

BACA JUGA :   Harimau Malaya Antara Yang Terendah Dalam Carta FIFA?

#8. Luka Modric

FIFA Ballon D'Or

Pasukan : Real Madrid dan Croatia

Kejayaan pada Musim 2018 : Juara UEFA Champions League bersama Real Madrid dan tempat kedua di Piala Dunia bersama Croatia. Modric juga menerima anugerah Bola Emas FIFA (pemain terbaik kejohanan).

#9. Mohamed Salah

FIFA Ballon D'Or

Pasukan : Liverpool dan Mesir

Kejayaan pada Musim 2018 : Naib Juara UEFA Champions League, Pemain Terbaik Keseluruhan dan Kasut Emas (penjaring terbanyak) Liga Perdana Inggeris musim lalu.

#10. Raphael Varane

FIFA Ballon D'Or

Pasukan : Real Madrid dan Perancis

Kejayaan pada Musim 2018 : Juara UEFA Champions League dan Juara Piala Dunia FIFA 2018.

Pada pendapat anda, siapakah yang paling layak untuk memenangi FIFA Ballon D’Or musim ini ? Kongsikan pilihan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here